Sunday, October 30, 2011

Al-Fatihah buat DIA

Al-Fatihah buat DIA yang sudah kembali ke rahmatullah petang semalam. Satu berita yang sangat mengejutkan aku. Berita ini pun ku tahu daripada laman sosial mukabuku (facebook).
2-3 hari lepas ada aku teringat akan dirinya dan terdetik untuk melihat gambar2 kami bersama.
Dia pergi pada usia yang muda. Semoga DIA akan menemui bidadarinya di sana.
Berdasarkan pengetahuan aku, DIA dianiya dan telah disantau. Astaghfirullah, sesuka hati hamba Allah itu memberi hukuman dan meletakkan nyawa manusia di tangannya sendiri. Moga hamba Allah itu akan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.
Buat DIA, Kamu adalah insan yang baik. Kamu pernah memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buat diriku. Dirimu akan sentiasa berada dalam kenangan dan ingatan ku. Semoga kamu diletakkan dikalangan orang yang baik2 dan dikasihi Allah.
Adakah itu petandanya. Aku redha dengan pemergiannya.

Wednesday, July 15, 2009

Sebuah Perhubungan dan Kepercayaan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah perhubungan. Aku pernah menghadapi krisis yang hebat dengan tunangku. Dugaan yang paling besar sepanjang tempoh pertunangan ini. Hati bagaikan dicarik-carik, pedih rasanya. Kemarahan aku tak boleh digambarkan. Berapanya banyak lempangan yang aku berikan padanya memang tak terkira. Mungkin orang lain tidak boleh menerima perbuatannya, dan hati aku juga terdetik untuk meninggalkannya.Tapi aku masih memberi dia peluang dan memutuskan perhubungan bukan jalan penyelesaian. Bukan hanya kerana cinta semata-mata tapi ini adalah satu perjuangan dalam kehidupan aku sebagai hamba-Nya. Dia perlukan aku dalam hidupnya. Aku tidak boleh biarkan dia terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan. Sedangkan dalam umur yang sedemikian, dia sudah patut mempunyai kehidupan dan ekonomi yang stabil. Dia perlukan sokongan aku untuk melengkapkan hidupnya dan mengatasi kelemahannya. Dan andai ini cabaran yang perlu hadapi untuk membawa dia kembali ke jalan yang sepatutnya, aku redha. Dia seorang yang baik, tapi hati nya lemah dan dia turut mengakuinya. Orang lain pernah membuat silap dan dia tidak lari daripada kesilapan itu.

Memang trajedi ini memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Ketika itu, titik ragu-ragu mula timbul dalam hati ini dan aku mula tidak percayakan dia. Sentiasa persoalkan apa yang sedang dia buat? kemana dia pergi?, dan fikiran aku serabut dengan tanggapan-tanggapan negatif terhadapnya. Aku hanya mahu mengekorinya setiap gerak gerinya di setiap masa. Beginilah apabila hati seorang wanita dirobek. Apabila kepercayaan yang diberikan disalahgunakan. Hubungan mulai menjadi hambar dan hidup aku tidak segembira sebelumnya. Aku mulai goyah dan hanya tangisan yang sentiasa menemani.

Tapi akhirnya, aku sendiri sedar dan mengalah. Aku tidak boleh mengawal dirinya dan meletakkan segalanya dalam kawalan ku kerana aku cuma hamba-Nya. Terlalu banyak benda yang aku belajar daripada insiden ini dan mematangkan aku dalam menghadapi sesebuah permasalahan. Aku tidak boleh mengawal segala-galanya. Kepercayaan adalah perkara yang wajib perlu ada dalam setiap perhubungan. Tanpa kepercayaan, maka hambarlah sesebuah hubungan itu. Memaafkan dirinya adalah sebaik-baiknya dan aku cuba ikhlaskan hati menerimanya seadanya dan juga kelemahannya. Mulai dari saat itu, aku mulai mendekat diri dengan Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya agar diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan-Nya. Hanya Allah yang boleh mengawal segala-galanya dan banyakkanlah doa kepadanya. Secara tidak langsung, insiden ini mendidik aku menjadi hambanya yang taat. Aku berpegang, dalam setiap masalah yang kita hadapi, kembalilah kepada-Nya, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita dan sabar itu amat dituntut, barulah ketenangan akan hadir. Alhamdulliah, aku sedang berusaha untuk memulihkan sebuah perhubungan yang telah dibina.

"Ya Allah, Peliharalah hati dan Anggota tubuhnya daripada perkara-perkara dosa. Restui dan berkatilah sebuah perhubungan yang terjalin ini. Ameen".


Friday, April 03, 2009

"Aku ingin hidup gembira,
Aku ingin sentiasa bergembira,
dan aku ingin merasa nikmat kehidupan
selagi aku diberi peluang untuk menikmatinya,
Tapi, kegusaran itu mengatasi keinginan,
Lalu keinginan itu terhenti di sini..."

Monday, August 18, 2008

pagi tadi tunang aku @ My Dear nak guna Maybank card aku, since duit dia simpan dalam akaun aku. tapi aku takut nak bagi sebab aku masih tak tukar no pin maybank card. bila aku bg tau no pin tu, terus berubah muka dia (sebab no pin tu ialah birthdate DIA). My dear ada hak nak marah, kalau dia merajuk pun itu memang perlu. Tapi percayalah, My Dear you are my present and my future. DIA is only my memory. I'm sorry My Dear.

Wednesday, July 30, 2008

"Buat sesiapa yang sedang bercinta, cinta tak semestinya bersatu, lebih-lebih lagi cinta pertama..." - Sinderella

Macam terkena kat batang hidung sendiri je bila terjumpa rangkap tersebut. Aku perlu bersetuju untuk itu. Memang ditakdirkan aku dengan DIA tiada jodoh. tapi cinta aku terhadap DIA akan kekal selamanya. As I've mention it before, DIA adalah kenangan terindah aku.


Friday, July 25, 2008

Apa khabar DIA sekarang?

wah... berani betul aku hari. Dek kerana keinginan yang tinggi melangit untuk mengetahui perkhabaran DIA, aku cuba memberanikan diri mendail no rumahnya di kampung. Malam tadi sebelum tidur aku hanya ingat akan DIA. Macam mana life DIA sekarang? Dah kahwin ke belum? kerja kat mana?. Semuanya bermain2 dalam kepala otak aku. Sebelum ini aku ada cuba menghubungi no telefeon bimbitnya (banyak kali sampai nak patah jari) tp tak berjaya. DIA tukar nombor barangkali. Alhamdulillah, aku berjaya mengubungi no tersebut dan emak DIA yang menyambut panggilan aku. Aku cuba menyamar yang aku kawan lama DIA yang baru balik dari 'overseas' dan dah lost contact. Memang betul, DIA sudah menggunakan nombor yang lain. Sambil2 itu aku sempat bertanya perkembangan DIA. Ya tuhan, DIA sudah bertunang pada bulan April lepas. Dalam hati aku ada sedikit terguris. Memang DIA tidak menginginkan aku. Tipulah kalau aku tidak berasa cemburu. Tapi bertuahnya gadis itu kerna dapat memiliki DIA. Hmm.. aku sudah bertunang dan DIA pun sudah bertunang. Moga DIA bahagia dengan pilihannya.

Friday, June 20, 2008

MyWish : Nokia 5610 XpressMusic



Aku nak sangat telefon ni walaupun telefon ni sudah lama berada di pasaran. Sejak kene ragut awal tahun ni, aku guna telefon anak buah aku :( Belum ada kesempatan nak beli phone baru memandang financial aku tak membenarkan aku untuk membeli. But i'll try my best to get it ASAP.

==> Aku dah dapat telefon ini dan My lovely yang hadiahkan kepadaku. Thanks 'hubby', love you so much, may Allah bless you.

Wednesday, June 18, 2008

I'm engaged



Today it's been a month aku jadi tunangan orang. Lepas ni kene kerja kuat kumpul duit to proceed with the next step("NIKAH+KAHWIN"). Kalau fikir pasal duit memang pening dibuatnya. Within a year, sempat ke aku kumpul duit. Tapi kawan-kawan aku yg sudah berkahwin berpesan, "jangan risau pasal duit, kalau kita niat nak kahwin, duit tu pasti ada". So aku dah tak fikir pasal duit utk kahwin lagi.
Banyak perkara di luar jangkaan aku berlaku sejak aku berkawan dengan tunang aku ni. Banyak perkara out of planning happen without my expectation. Tak pernah jangka akan menjadi tunangan orang dan merancang utk berkahwin dalam usia ini. Tapi kalau apa yang berlalu ini sudah tercatat dalam perjalanan hidup ini, aku redha.
Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Tapi aku selalu ingatkan pada diri aku yang semua ini hanya pinjaman. Sekarang aku perlu stabilkan kehidupan aku, kerjaya, kewangan, sosial dan macam2. Harap-harap aku masih punya waktu untuk mencapai apa yang aku inginkan.Lebih bahagia kalau 2 insan yang amat aku kasihi berada dekat dengan aku.

Tuesday, April 08, 2008

It is a short story with a beautiful message...

Little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter,

"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."

The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl..

"If I hold your hand and something happens to me,

chances are that I may let your hand go.

But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,

you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...

*This message is too short......but carries a lot of Feelings.

Thursday, April 03, 2008

Menjaga Hati

Yuvie & Nuno

masih tertinggal bayanganmu yang telah membekas di relung hatiku hujan tanpa henti seolah pertanda cinta tak di sini lagi kau tlah berpaling
biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjaga, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati

sejujurnya diriku masih mengharapkanmu...

Another song that nice to hear. Tiada makna apa pun secara peribadi tetapi agak terusik bila mendengar alunan muzik dan kata-kata yang terdapat dalam lirik tu. Memang sukar untuk menjaga hati ini lebih-lebih lagi untuk jaga hati orang. Hingga ada waktu-waktunya kita terlalu menjaga hati orang lain hingga hati sendiri tak terjaga. Jadi mana yang perlu di dahulukan?. DIA? aku tidak mengharapkan dia lagi untuk menjaga hati aku kerna aku sudah menerima seseorang dalam hidup ini bagi menjaga hati aku yang telah luka disebabkan cinta yang lalu. Moga-moga kasih ini direstui, diberkati dan berkekalan..