Friday, December 14, 2007

Broken Heart

Cukuplah setakat ini untuk aku mengingati DIA yang aku fikir, DIA tak pernah untuk menghargai diri ini. Selama ini hanya aku sahaja yang memikirkan dan mengenangkan dirinya. Sedangkan DIA sudah bahagia dengan pilihannya. Sekarang aku sedar, aku bukan pilihan dia kerana aku bukan citarasa dia. Dunia ini memang kecil, akhirnya aku terserempak dengannya untuk sekian lama setelah dia memutuskan perhubungan kami. Aku tidak pasti sama ada dia perasan akan kehadiranku berhampiran dengannya atau tidak. tapi aku nampak dia ada memandang ke arah aku untuk beberapa detik. Sambil dia memegang tangan seorang wanita yang aku fikir itu adalah teman wanitanya dan kemudian DIA berlalu pergi. Bukan sedih tapi geram memikirkan alasan-alasan yang diberikannya untuk memutuskan perhubungan itu. Katanya, aku lebih berhak untuk lelaki yang lebih baik daripadnya. Katanya lagi dia mahu hidup bersendirian buat masa itu. Sudahlah, itu hanya alasan semata-mata. Patutlah sms aku tidak dibalasnya, panggilan aku tidak pernah disambut dan terus tidak menggunakan lagi nombor telefon yang biasa digunakannya. DIA bukanlah lelaki yang aku kenali ketika aku menuntut dahulu tapi DIA adalah seorang lelaki sudah mengubah gaya hidupnya seperti lelaki-lelaki metroseksual yang lain. DIA mahukan perubahan dan dia sudah mengubah segala-galanya. Cukuplah setakat ini untuk aku ceritakan perihal DIA. Cukup setahun ini aku mengkabungkan diri aku kerana perpisahan ini. Mulai saat ini aku hanya mahu memikirkan tentang aku.

Enough is enough. No need to think about him anymore. He had someone...