Showing posts with label CaMpUs L|fe. Show all posts
Showing posts with label CaMpUs L|fe. Show all posts

Thursday, June 21, 2007

I've complete my Degree

Alhamdulillah, aku berjaya menamatkan pengajian aku. terlau banyak kesukaran yang dilalui lebih2 lagi dalam menyiapkan Final Year Project. Rindu untuk menulis sesuatu dalam blog ini, tapi aku tak punya kesempatan. Masih sibuk dalam mencari hala tuju dalam mengejar cita2 dalam kerjaya. "Alang2 menyuluk perkasam biar sampai ke pangkan lengan". Akan aku cuba dapatkan apa yang aku impikan itu. Thanks to all yang banyak menghulurkan bantuan dan nasihat. To Azeel a.k.a Azim, thanks coz banyak memberi nasihat ketika saat2 saya hampir berputus asa. Banyak yang hendak di coretkan tapi tangan ini tak mampu lagi untuk menekan papan kekunci. Biarkan ia simpan didalam hati.
CINTA? ketepikan dahulu buat masa ini. Hati ini masih terluka dan masih merinduinya....

Wednesday, April 18, 2007

thesis oh thesis

tolonglah... kurang sebulan lagi nak siapkan thesis ni. system development banyak tak siap ni. aku hilang focus. tak tau mana satu yang perlu aku selesaikan. seksanya nak dapatkan sekeping ijazah ni. tolonglah daku..... doakan daku...

Wednesday, February 28, 2007

sempurna dan terbaik, keyakinan aku sudah kembali


Lepas semua rasa gementar yang melanda diri aku sejak beberapa hari lepas. Alhamdulillah, progress thesis presentation siang tadi berjalan dengan lancar. Aku masih tak percaya pada diri aku yang aku boleh melakukan sesuatu yang terbaik. Selama ini anggapan aku, aku hanya boleh melakukan sesuatu dengan sempurna tapi bukan yang terbaik. Kerana itulah yang selalu berlaku pada diri aku. Presentation siang tadi bukanlah presentation biasa kerana aku perlu present dihadapan profesor dari University of Sydney. Projek aku terpilih untuk di present kan kepada profesor itu.
Memang aku selalu rendah diri dengan projek yang sedang aku lakukan. Jika dibandingkan dengan kawan2ku yang lain, yang sedang cuba membuat sesuatu yang sukar. Cukuplah hanya mendengar project title mereka sudah cukup menggentarkan aku. Menggunakan method2 yang agak susah seperti neural network, genetic algorithm, image processing, hybrid technique. Dan aku tak mampu buat apa yang mereka sedang lakukan. Jadi aku memilih untuk membuat sesuatu yang biasa2 sahaja cukup dengan kemampuan diri aku kerana aku bukanlah tergolong dalam golongan yang bijak dan tak punyai otak yang bergeliga. Fuzzy expert system menjadi pilihan aku kerana itu yang aku rasa aku mampu buat. Lagi pula, research problem aku tak la menarik mana dan tak la gempak mana.
Tapi, persepsi aku berubah selepas presentation itu. Projeck aku mendapat pujian daripada profesor itu and he said my project is a good project. I have a good project title and he really wanted to see the project is implement successfully. My project title has potential to be expanded and he suggest me to do it for my PHD and if i really can make it, i have chance to get for the noble prize if i futher the research. Tergamam aku dibuatnya kerana aku tak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Tapi semua itu telah memberi suntikan semangat kepada aku.
Apa yang menggembirakan aku hari ini, aku bangga pada diri aku. Sebab aku boleh present dengan baik, berbahasa inggeris sepenuhnya. Selama ini, aku memang darah gemuruh kalau present kat depan. Jadi aku hanya baca nota yang aku bawa dan baca dari slide yang aku buat. Tapi tadi, aku dapat huraikan dan ceritakan tentang projek aku tanpa nota dengan lancarnya. Aku mampu menjawab semua persoalan daripada profesor itu dengan baik. Kebiasaannya aku mesti tiada idea untuk persoalan yang diajukan lebih2 lagi jika perlu untuk berbahasa inggeris dan akhirnya aku hanya mampu menyengih. Bukannya tak boleh cakap tapi takut. Aku sudah dapat semula keyakinan yang hilang sejak 5 tahun lalu. Ya, aku dapat semula apa yang aku hilang dahulu. Aku sudah berkeyakinan seperti dulu. Itu yang aku cari selama ini dalam diri aku. Aku rindukan diri aku yang dahulu.
Hari ini mampu membuatkan aku tersenyum. Kegembiraan yang aku rasa kali terakhir ketika dizaman persekolahan aku. Jadi aku mahu kongsi kegembiraan aku dengan semua orang. Aku sms dengan orang2 yang terfikir di dalam kepala otak aku. Aku juga berterima kasih kepada manager di tempat aku bekerja kerana dia selalu push aku untuk kerja di service area. Disitu aku perlu berjumpa dengan orang ramai, memerlukan aku untuk bercakap. Di situ juga, kayakinan diri ini mula dibina kembali.
Aku juga SMS kepada DIA untuk berkongsi kegembiraan aku. He’s the person that i want to share my happiness. Aku lupakan kesakitan ini kerana aku teringatkan DIA yang dahulu. He’s supportive person. Selalu mendorong aku untuk buat yang terbaik. Dan DIA adalah idola aku kerana DIA seorang yang selalu melakukan yang terbaik untuk setiap kerja2nya. Buat pertama kalinya, siang tadi DIA menelefon aku sejak dia memutuskan untuk hanya kebagai kawan. Lepas rindu dihati ini. Aku hanya memperdengarkan suara yang gembira kepadanya, menceritakan kegembiraan aku kepadanya. Tapi dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya apa yang aku rasa. He said, he’s happy for me. Tapi, DIA tersasul menggunakan panggilan dirinya ketika aku dan DIA bersama dahulu. Aku hanya biarkan. Sebaik talian diputuskan, airmata bergenang dikelopak mata aku. Aku tak mampu untuk menahannya kerana aku masih sayang kepadanya dan hati ini masih milik DIA.

Wednesday, November 08, 2006

paper 662 yang membunuh

petang ni paper its662. ni la paper yang paling aku taku nak jawab. since this is core paper and also carry for proposal paper, memang aku kene buat betul2 la. tp macam mana nak buat betul2 kalau soalan pun macam nak membunuh je. mahu tertelan air liur aku dibuatnya. susahnye. soalan tak banyak tapi markah untuk setiap soalan semuanya banyak2. susah la nak score. ade 1 soalan tu, 25 markah aku tak jawab langsung. bukannya aku tak belajar. tp soalan tu yg buat aku macam tak belajar. kalau aku lulus paper ni memang satu keajaiban la. tak payah la score, lulus pun jadi la. kalau aku repeat paper ni nampaknye aku kene extend 2 semester la. aku x nak extend. kalau fail aku kene cari tajuk lain untuk thesis aku lagi. banyak keje. bazir masa. dah la aku dah excited nak buat tajuk yg aku propose sekarang ni. harap2 dilembutkan hati en. izham supaya bg lulus kat aku. aku nak cepat2 habis study. dah tak sanggup dah ni.
petang tadi mak ade call lepas paper td. aku bagi tau la yang aku tak boleh buat. aku bagi tau kalau aku fail kene extend 2 sem lagi. dengar suara emak, macam sayu je bunyinye. tapi mak masih bagi sokongan pada aku. dia tanya sama ada aku sanggup untuk teruskan belajar atau tidak. hmmm, mesti lah aku akan teruskan sebab tinggal paper ni je yg menjadi kegerunan aku. paper lain dah clear. kesian kat mak akku. bila la emak nak rasa hasil titik peluh aku. aku dah cuba yang terbaik. seboleh-bolehnya aku tak nak hampakan emak. dan aku harap aku takkan hampakannya.
doa-doakanlah aku lepas paper ni.

Saturday, November 04, 2006

deman EXAM dah bermula

patang tadi, lepas la 1 paper. actually, detik2 aku nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan. aku tiba2 hilang keyakinan. rasa macam tak nak jawab exam. takut tak boleh jawab. bukannya tak study. tp dah macam2 aku baca, jadi semua pun dah bercampur aduk. aku betul2 lost confident. tak bersemangat langsung. tiba2 aku terkenang ketika zaman persekolahan aku. kenape aku tak boleh jadi macam dulu. pandai macam dulu. sekarang kalau study pun lambat je masuk. 15 minit yg pertama setelah masuk dewan, aku bertafakur seketika. dalam tempoh tu, macam2 yang aku fikir. semua jalan ada di depanku. aku yang memilih untuk berjaya atau gagal. dah bertahun-tahun aku menuntut. sanggupkah aku untuk musnahkannya. mak pula sepenuhnya mengharapkan kejayaan aku. takkan aku nak menghampakannya. dalam tempoh tu juga. setan terlalu jahat bermain-main dimata aku. terasa mengantuk sangat. sempat jugak la tido sekejap. tetapi selepas aku sedar, idea tiba2 datang mencurah2. aku meneruskan perjuangan. 2.45 minit yang ada aku manfaatkan sebaik2nya. dan akhirnya aku menjawab kesemua soalan. tapi tak pasti sama ada betul atau tidak. harap2 perkara sebegini tidak berlaku lagi for the next paper. GAMBATE

Tuesday, August 22, 2006

Tolonglah!!!

terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan ini. terlalu banyak perkara yang ingin aku lakukan. terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan. ambil masa untuk itu, bagi masa untuk ini tapi.... masa untuk aku sendiri entah kemana. hidup aku kucar kacir, kepala otak aku berserabut. assignment menimbun2, nota2 semua tak kemas lagi. revision? tak payah tanya la. memang tak pernah la. kadang2 aku rasa aku tak buat ape yang sepatutnya aku buat. keutamaan diketepikan. tapi ini semua bukan keinginan aku. kenapa semua ini berlaku? aku pun belum pasti jawapannya.
"Ya Allah, bantulah aku untuk pulihkan keadaan seperti sediakala"