Wednesday, July 30, 2008

"Buat sesiapa yang sedang bercinta, cinta tak semestinya bersatu, lebih-lebih lagi cinta pertama..." - Sinderella

Macam terkena kat batang hidung sendiri je bila terjumpa rangkap tersebut. Aku perlu bersetuju untuk itu. Memang ditakdirkan aku dengan DIA tiada jodoh. tapi cinta aku terhadap DIA akan kekal selamanya. As I've mention it before, DIA adalah kenangan terindah aku.


Friday, July 25, 2008

Apa khabar DIA sekarang?

wah... berani betul aku hari. Dek kerana keinginan yang tinggi melangit untuk mengetahui perkhabaran DIA, aku cuba memberanikan diri mendail no rumahnya di kampung. Malam tadi sebelum tidur aku hanya ingat akan DIA. Macam mana life DIA sekarang? Dah kahwin ke belum? kerja kat mana?. Semuanya bermain2 dalam kepala otak aku. Sebelum ini aku ada cuba menghubungi no telefeon bimbitnya (banyak kali sampai nak patah jari) tp tak berjaya. DIA tukar nombor barangkali. Alhamdulillah, aku berjaya mengubungi no tersebut dan emak DIA yang menyambut panggilan aku. Aku cuba menyamar yang aku kawan lama DIA yang baru balik dari 'overseas' dan dah lost contact. Memang betul, DIA sudah menggunakan nombor yang lain. Sambil2 itu aku sempat bertanya perkembangan DIA. Ya tuhan, DIA sudah bertunang pada bulan April lepas. Dalam hati aku ada sedikit terguris. Memang DIA tidak menginginkan aku. Tipulah kalau aku tidak berasa cemburu. Tapi bertuahnya gadis itu kerna dapat memiliki DIA. Hmm.. aku sudah bertunang dan DIA pun sudah bertunang. Moga DIA bahagia dengan pilihannya.