Tuesday, December 19, 2006

Perempuan Itu, akalnya letak dimana?

lewat 3 malam lepas aku didatangi oleh satu panggilan yang boleh aku jangkakan. aku kenal pemanggil itu, dan tanpa memberi salam terus menyerang aku. marahkan aku kerana mengajak teman lelakinya keluar. Ya, perempuan mana yang tak marah kalau teman lelakinya keluar dengan perempuan lain. tetapi perempuan itu sepatutnya sedia maklum bahawa aku hanya berkawan baik dengan teman lelakinya. malah kami sememangnya sudah baik sejak sebelum kawan aku ber"couple" dengan perempuan itu. perempuan itu sepatutnya juga sedia maklum bahawa aku tidak mungkin akan keluar berdua sahaja dengan teman lelakinya,W** kerana aku sendiri sudah mempunyai teman. terasa maruah aku diletakkan dibawah telapak
kakinya bila dikatakan tiada lelaki lainkah untuk aku ajak keluar selain teman lelakinya. lagipun aku mengajak W** keluar bukan untuk suka2 tetapi kerana ada masalah yang perlu diselesaikan. perempuan itu juga sepatutnya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali aku keluar dengan teman lelakinya malah perempuan itu juga pernah turut keluar bersama kami lepak di kedai mamak mahupun menonton wayang. malah pernah bergembira bersama. tidak pernah lebih hanya sekadar kawan. Bukan perkara asing sepatutnya.
perkara yang tidak masuk akal, apabila aku dituduh suka pada teman lelakinya. mana mungkin aku boleh suka pada W** kerana hati ini hanya untuk DIA dan W** tidak boleh dibandingkan dengan DIA. perempuan itu terus menerus menyerang aku seperti perempuan gila. is it possible for me to ask permission from her kalau nak ajak kawan baik aku sendiri keluar?. aku sedar perempuan itu sedang marah kerana cakapnya pun tidak tentu arah, jadi aku tidak mahu menaikkan lagi kemarahannya dan aku cuba meletakkan diri aku setenang yang mungkin ketika membalas kata2nya.
daripada kes ini, ada beberapa perkara yang aku kesalkan. satu, kerana marahkan aku mengajak teman lelakinya keluar dan perasaan cemburunya yang tak bertempat, dia lupa akan persahabatan yang dihulurkannya kepada aku. kami saling mengenali dan aku pernah penjadi tempat luahannya tatkala mengkhuatiri kesetiaan teman lelakinya itu. perempuan itu tidak pernah tahu bahawa aku pernah berada dipihaknya apabila teman lelakinya dalam dilema untuk membuat pilihan untuk memilih sama ada bekas teman wanitanya atau perempuan itu untuk menjadi kekasihnya. akhirnya W** memilih untuk terus setia bersama perempuan itu. Hanya kerana perempuan itu, aku tidak boleh berkawan rapat dengan W** sebagai mana di awal perkenalan kami. Ketika itu W** belum ber'couple' dengan perempuan itu.
aku malas untuk menyaratkan kepala otak aku dengan perkara remeh temeh begini. Biarkan ia datang tak berjemput, singgah sebentar dikepala aku dan kemudian ku campakkan ianya jauh2. Aku dengan keputusan aku, memilih untuk tidak mahu mengenali perempuan itu lagi dan perempuan itu ku anggap tidak pernah aku kenali kerana perempuan itu tidak layak untuk berkawan dengan aku setelah perempuan itu melayan aku sebegini rupa. sikit pun tidak menjejaskan kehidupan aku bila ku buang dia dari hidup aku. semua gambar, mahupun no telefonnya telah aku padam. aku tidak redha diriku difitnah oleh perempuan itu. Dan W**, mulai saat ini, kita hanya rakan sekerja, tiada lagi ketawa, tiada lagi gurauan. walaupun sebelum insiden ini aku berjanji untuk memperbaiki persahabatan kita, kini aku rasa lebih baik aku berdiam diri sahaja. tapi aku tak pernah lupa yang kita pernah berkawan baik suatu ketika dulu. Kuharapkan, jika itulah perempuan yang engkau pilih untuk hidup dengan kau, itu hak kau. tapi pastikan engkau yang akan menguasai perempuan itu dan bukan sebaliknya kerana engkau adalah lelaki.

4 comments:

Anonymous said...

kita punya sama prinsip dalam berkawan bukan??

salam

MuT!aRa PuT!H said...

apa maksud awak? prinsip apa?

Anonymous said...

kalau ingin berkawan dengan saya,jgn pernah simpan apa2 perasaan terhadap saya

MuT!aRa PuT!H said...

yeah, saya senang rapat dengan sesiapa saja. berkawan dengan siapa sahaja. kadang2 ada yang tersalah anggap.