Tuesday, July 17, 2007

DIA datang dalam mimpiku

Semalam DIA muncul setelah sekian lama menyepi diri. Satu wajah yang aku rindu untuk aku tatapi. DIA datang duduk disebelah aku dan mencapai tanganku. Dengan penuh kekesalan pada riak wajahnya memohon maaf daripada ku. Aku kaku seketika dan kemudian mengalirkan airmata. Kemudia bertalu-talu aku bertanya kepadanya, kenapa DIA buat aku macam tu? Kenapa DIA tinggalkan aku? Sampai hati DIA buat aku macam tu… tanpa sempat DIA menjawab, semuanya hilang sekelip mata kerana aku dikejutkan untuk bersahur. Kenapa tiba2 DIA muncul dalam mimpiku? Kenapa dia muncul saat aku membuat keputusan untuk membuka pintu hatiku pada yang lain? Adakah itu satu petanda atau Cuma mainan tidurku? Aku keliru.

No comments: