Dua tiga hari ni aku asyik memikirkan akan hal ini. Saat ini aku benar2 keliru, tidak pasti sama ada aku harus meneruskan hubungan yang baru terjalin ini atau menghentikannya. Untuk meneruskannya, aku bertanyakan pada diriku sendiri. Apakah perasaan aku kepadanya? Adakah aku benar2 cintakannya, atau sukakannya. Aku cuba menganalisa diriku sendiri. Adakah aku gembira bila besama dengannya? Adakah dia yang aku inginkan? Adakah dia orang yang membuat aku untuk tidak perpaling pada yang lain?
Jawapan kepada soalan yang pertama, bila bersama dengannya perasaan aku biasa-biasa sahaja. Sama ada dia ada atau pun tidak, kedua2nya tidak memberi apa2 kesan kepada aku. Tapi aku dapat rasakan dia sedaya upaya untuk menggembirakan aku. Cuba penuhi apa yang aku inginkan. Menjawab persoalan yang kedua, aku bukan lah seorang yang sempurna, maka tidak perlulah aku mencari seseorang yang sempurna untuk aku. Cukup bagi aku, kalau dia boleh menerima aku seadanya, membimbing aku ke jalan yang diredhai dan mampu untuk menjaga dan melayan akudengan sepatutnya. Tapi dia punyai lebih daripada apa yang aku inginkan. Dia seorang yang sentiasa cuba untuk mengenali aku. Sentiasa ingin mendengar cerita2 aku. Pengetahuan agamanya adalah lebih baik daripada aku dan dengan itu aku boleh belajar daripadanya. Selalu mengalah dan melayan karenah aku serta memanjakan aku (kadang2 rasa macam budak2). Dia cuba menjadi orang kedua selepas emak, menjadi ‘reminder’ dan mengambil kisah akan aku. Dia juga seorang ‘problem solver’, selalu memberi ‘solution’ dalam setiap permasalahan yang aku hadapi (itupun kalau aku cerita dengan dia). Dia juga sudah membuat perancangan masa hadapan untuk kehidupan kami. Dia mahu aku untuk kehidupannya yang seterusnya. Itulah yang dia beritahu aku (but for me man cannot trusted). Bagi menjawab persoalan yang ketiga, inilah yang menjadi ‘big issue’ dalam kepala otak ini. Aku selalu fikir, aku pasti akan kecewakan dia kalau aku bertemu dengan seseorang yang dapat mengahadirkan perasaan CINTA dalam diri aku. Bukan tidak suka kepadanya tapi perasaan ini tidak kuat untuknya.
Sekarang ni, mendengar lagu2 cinta pun sudah tiada maknanya lagi. Aku tidak lagi rasa teruja tika lagu2 cinta itu dimainkan. Tidak lagi tersenyum sendirian sambil memikirkan seseorang yang istimewa. Tidak lagi berangan2 tentang cinta dan menghanyutkan diri dalam khayalan. Semuanya kosong belaka. Kalau dulu, aku selalu fikir yang aku pasti akan dipertemukan dengan cinta itu. Mengenali antara satu sama lain, berkongsi perasaan, susah dan senang. Buat apa sahaja untuknya dengan seikhlas hati. Tapi semua itu telah pergi...
Mahu sahaja aku putuskan hubungan ini. Tak mahu memberi harapan kepadanya lagi. Tidak mahu dia kecewa di kemudian hari. Biarkan dia mencari cinta yang baru. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak sanggup nak lepaskannya. Terasa rugi melepaskan dia pergi. Akankah aku akan bertemu dengan orang sepertinya nanti jika aku melepaskannya? I don’t know why i become so selfish. But this is what i think right now.
Seringkali terfikir, perlukah CINTA itu untuk kita menjalinkan hubungan dengan seseorang? Kata orang perasaan itu boleh dipupuk.boleh ke CINTA itu datang dengan paksaan? Untuk aku yang susah untuk jatuh cinta ini macam mana?
Tuesday, October 09, 2007
Teruskan atau hentikan
Friday, October 05, 2007
Episod 1: Saya, Awak
Dulu kawan2 saya selalu cerita pasal awak
tapi masa tu saya tak kenal pun awak yang mana satu
cuma dengar nama awak je...
tapi akhirnya kita berkenalan juga
Masa mula2 kenal awak...
saya anggap awak dan hormat awak macam abang saya.
tak nak anggap lebih-lebih...
masa awak di semester akhir, dan saya di semester tiga
awak ajak saya menyertai persatuan,
saya dengan awak semakin rapat...
awak rajin ajak saya keluar
kadang2 temankan awak.
lama kelamaaan
terasa ada sesuatu dalam diri ini
(aku dah jatuh cinta ke..)
tapi masa tu buat bodoh jer...
sebab tak berani pun nak lebih2 dgn awak...
walaupun awak dah grad
awak kadang-kadang datang kat kampus
bila awak datang kat kampus mesti jumpa saya
awak suka datang mengejut
tau2 je awak call nak jumpa dan awak suruh saya bersiap2
awak tahu tak.... hati saya bebunga-bunga
tak sabar nak jumpa awak, nak tengok awak...
saya dah tak peduli apa lagi dah...
meeting ke, janji dengan kawan ke, saya dah tak kisah
janji dapat jumpa awak...
sebab hati ini rindu sangat dekat awak...