Dua tiga hari ni aku asyik memikirkan akan hal ini. Saat ini aku benar2 keliru, tidak pasti sama ada aku harus meneruskan hubungan yang baru terjalin ini atau menghentikannya. Untuk meneruskannya, aku bertanyakan pada diriku sendiri. Apakah perasaan aku kepadanya? Adakah aku benar2 cintakannya, atau sukakannya. Aku cuba menganalisa diriku sendiri. Adakah aku gembira bila besama dengannya? Adakah dia yang aku inginkan? Adakah dia orang yang membuat aku untuk tidak perpaling pada yang lain?
Jawapan kepada soalan yang pertama, bila bersama dengannya perasaan aku biasa-biasa sahaja. Sama ada dia ada atau pun tidak, kedua2nya tidak memberi apa2 kesan kepada aku. Tapi aku dapat rasakan dia sedaya upaya untuk menggembirakan aku. Cuba penuhi apa yang aku inginkan. Menjawab persoalan yang kedua, aku bukan lah seorang yang sempurna, maka tidak perlulah aku mencari seseorang yang sempurna untuk aku. Cukup bagi aku, kalau dia boleh menerima aku seadanya, membimbing aku ke jalan yang diredhai dan mampu untuk menjaga dan melayan akudengan sepatutnya. Tapi dia punyai lebih daripada apa yang aku inginkan. Dia seorang yang sentiasa cuba untuk mengenali aku. Sentiasa ingin mendengar cerita2 aku. Pengetahuan agamanya adalah lebih baik daripada aku dan dengan itu aku boleh belajar daripadanya. Selalu mengalah dan melayan karenah aku serta memanjakan aku (kadang2 rasa macam budak2). Dia cuba menjadi orang kedua selepas emak, menjadi ‘reminder’ dan mengambil kisah akan aku. Dia juga seorang ‘problem solver’, selalu memberi ‘solution’ dalam setiap permasalahan yang aku hadapi (itupun kalau aku cerita dengan dia). Dia juga sudah membuat perancangan masa hadapan untuk kehidupan kami. Dia mahu aku untuk kehidupannya yang seterusnya. Itulah yang dia beritahu aku (but for me man cannot trusted). Bagi menjawab persoalan yang ketiga, inilah yang menjadi ‘big issue’ dalam kepala otak ini. Aku selalu fikir, aku pasti akan kecewakan dia kalau aku bertemu dengan seseorang yang dapat mengahadirkan perasaan CINTA dalam diri aku. Bukan tidak suka kepadanya tapi perasaan ini tidak kuat untuknya.
Sekarang ni, mendengar lagu2 cinta pun sudah tiada maknanya lagi. Aku tidak lagi rasa teruja tika lagu2 cinta itu dimainkan. Tidak lagi tersenyum sendirian sambil memikirkan seseorang yang istimewa. Tidak lagi berangan2 tentang cinta dan menghanyutkan diri dalam khayalan. Semuanya kosong belaka. Kalau dulu, aku selalu fikir yang aku pasti akan dipertemukan dengan cinta itu. Mengenali antara satu sama lain, berkongsi perasaan, susah dan senang. Buat apa sahaja untuknya dengan seikhlas hati. Tapi semua itu telah pergi...
Mahu sahaja aku putuskan hubungan ini. Tak mahu memberi harapan kepadanya lagi. Tidak mahu dia kecewa di kemudian hari. Biarkan dia mencari cinta yang baru. Tapi, dalam masa yang sama, aku tak sanggup nak lepaskannya. Terasa rugi melepaskan dia pergi. Akankah aku akan bertemu dengan orang sepertinya nanti jika aku melepaskannya? I don’t know why i become so selfish. But this is what i think right now.
Seringkali terfikir, perlukah CINTA itu untuk kita menjalinkan hubungan dengan seseorang? Kata orang perasaan itu boleh dipupuk.boleh ke CINTA itu datang dengan paksaan? Untuk aku yang susah untuk jatuh cinta ini macam mana?
welcome september
9 years ago
1 comment:
cinta hadir tanpa di paksa... bila cinta telah bertapak di dada... lahirlah rindu... kasih... dan... sayang... tiada perkataan selfish untuk sebuah cinta... tanya pada hati... adakah dia yang kamu rindu?... adakah dia telah bertahta dihatimu?...
Post a Comment