Monday, November 12, 2007

Terima kasih en.Azeel

Malam ni rasa macam free skit. Adalah homework skit coz esok ade presentation, Tapi leh handle la. Aku memang mcm ni. Bila kelapangan sikit, duduk sorang2, mula la aku fikir macam2. dah tabiat aku mcm tu. Bila fikir bende yang seronok, maka seronok la jadinya. Bila fikir perkara sedih, menangis tanpa henti aku dibuatnya sampai lebam biji mata aku. Lagu “mengenangmu” nanyian keris patih berkumandang dimainkan berulang2 kali oleh housemate aku. Seronok didengari, lebih seronok kalau dihayati. Tapi aku tak mampu menghayatinya lagi, sebab DIA sudah bunuh perasaan itu daripada aku. Aku cerita perasaan aku pada saat itu kepada Miza (my housemate). Miza cakap, “ buat apa nak ingat pada orang yang tinggalkan kita, dah tak ada jodoh. Teruskan je dengan apa yang ada sekarang ni. Jangan nanti di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. Memang betul pun cakap Miza. Then teringat pada en. Azlee@azeel, terus aku sms en. Azlee.

Aku: Hi, wat pe tu?

En. Azlee: tengah isi dokumen .... esok dah nak start keje kat sana. Tengah wat pe?

Aku: tengah boring, fikir macam2. tentang hidup, harapan dan masa depan.

En. Azlee: sabar la, jangan terlalu fikirkan sangat. Sekarang fikirkan cari keje. Dah hantar cv ke comintel?

Aku: bila boring2, benda2 tu datang semula. Rindu dengan perasaan yang perlu dihilangkan. Belum lagi.

En. Azlee: rindu bf lama?

Aku: tak la rindu kat DIA. seronoknya perasaan bila dalam hati kita ada cinta. Tapi rindu, perasaan sue pada DIA yang buat sue sentiasa berbunga2. (tu dulu... sekarang tak lagi)

En. Azlee: kenangan takkan hilang ok.. just cherished the memories... tapi jangan sampai bersedih, menangis... ingat, cinta itu sifatnya memang datang dan pergi... tak kira lah datang untuk kekal selamanya atau datang untuk sementara je...

Aku: takla sampai menangis cuma terkenang. Tapi bila pergi cinta lama, susah nak terima cinta yang baru.

En. Azlee: biar cinta baru datang sendiri...

-END-

Terima kasih banyak2 en. Azlee sebab tak jemu2 dengar aduan sue dan selalu bagi nasihat tak kira masalah cinta, pelajaran ataupun dilemma hidup. Untuk interview keje pun en. Azleel banyak bg tips. Daripada perasaan takut sampai jadi dah tak takut bila dipanggil interview. Dulu kalut2 dengan thesis pun en. Azlee banyak bg nasihat. Sekarang dah tamat study pun. Thanks a lot for being my fren.

Macam mana aku boleh terima?

Semalam ada seseorang bertanya kepada aku, “macam mana aku boleh terima orang luar?”. Bukan sesuatu yang mudah, kalau boleh tak mahu pun. Tapi nak buat macam mana, dah itu yang datang kat aku. Terlalu banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu menjalinkan hubungan dengan bangsa asing. Bukan sekali pun bukan 2 kali tapi dah berkali2 dan untuk yang kali ini buat aku terfikir, “adakah sudah tersurat jodoh aku dengan orang luar?” kalau itulah takdirnya, mana boleh aku menolaknya. Kata orang kalau selalu menolak, nanti berat jodoh. Kalau dulu aku memang aku tolak mentah2 sebab aku prefer orang yang sebangsa dengan aku. Tapi tak ada pulak lelaki melayu yang datang nak kat aku, kalau ada pun aku tak berkenan, tak ikhlas. Dengan Shah@DIA dulu pun aku yang cakap aku suka kat dia and then baru DIA@Shah bagi respon. Tu pun tak lama. Aku faham, “CINTA tak boleh dipaksa dan biarkan ianya hadir dengan sendiri”. Itulah alasan yang diberikannya dulu. He don’t have strong feelings on me. Tapi, cinta itu boleh dipupukkan?”. Itulah yang aku cuba lakukan sekarang ini. Perasaan aku kat “Someone” tak la banyak mana pun, sikit tu ada la. Tak per la, bagi peluang kat dia, untuk dia buktikan yang dia sungguh2 mahukan aku. Aku Cuma mampu berdoa agar Allah berikan kebahagiaan kepada aku. Kalau benar dia adalah jodoh aku yang Allah tentukan, maka aku pasrah menerimanya. Jika tidak maka tunjukkanlah jalan untukku. Kalau dia jujur dan ikhlas terhadap setiap kata2nya dan tindakannya, biarkan dia terus bersama aku. Jika tidak, jauhilah dia dari aku. Aku Cuma mengikut rentak perjalanan hidup ini. Yang penting...

“Always be prepared for anything that would happen in future”.