Semalam ada seseorang bertanya kepada aku, “macam mana aku boleh terima orang luar?”. Bukan sesuatu yang mudah, kalau boleh tak mahu pun. Tapi nak buat macam mana, dah itu yang datang kat aku. Terlalu banyak perkara yang perlu dititikberatkan jika mahu menjalinkan hubungan dengan bangsa asing. Bukan sekali pun bukan 2 kali tapi dah berkali2 dan untuk yang kali ini buat aku terfikir, “adakah sudah tersurat jodoh aku dengan orang luar?” kalau itulah takdirnya, mana boleh aku menolaknya. Kata orang kalau selalu menolak, nanti berat jodoh. Kalau dulu aku memang aku tolak mentah2 sebab aku prefer orang yang sebangsa dengan aku. Tapi tak ada pulak lelaki melayu yang datang nak kat aku, kalau ada pun aku tak berkenan, tak ikhlas. Dengan Shah@DIA dulu pun aku yang cakap aku suka kat dia and then baru DIA@Shah bagi respon. Tu pun tak lama. Aku faham, “CINTA tak boleh dipaksa dan biarkan ianya hadir dengan sendiri”. Itulah alasan yang diberikannya dulu. He don’t have strong feelings on me. Tapi, cinta itu boleh dipupukkan?”. Itulah yang aku cuba lakukan sekarang ini. Perasaan aku kat “Someone” tak la banyak mana pun, sikit tu ada la. Tak per la, bagi peluang kat dia, untuk dia buktikan yang dia sungguh2 mahukan aku. Aku Cuma mampu berdoa agar Allah berikan kebahagiaan kepada aku. Kalau benar dia adalah jodoh aku yang Allah tentukan, maka aku pasrah menerimanya. Jika tidak maka tunjukkanlah jalan untukku. Kalau dia jujur dan ikhlas terhadap setiap kata2nya dan tindakannya, biarkan dia terus bersama aku. Jika tidak, jauhilah dia dari aku. Aku Cuma mengikut rentak perjalanan hidup ini. Yang penting...
“Always be prepared for anything that would happen in future”.
No comments:
Post a Comment