Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah perhubungan. Aku pernah menghadapi krisis yang hebat dengan tunangku. Dugaan yang paling besar sepanjang tempoh pertunangan ini. Hati bagaikan dicarik-carik, pedih rasanya. Kemarahan aku tak boleh digambarkan. Berapanya banyak lempangan yang aku berikan padanya memang tak terkira. Mungkin orang lain tidak boleh menerima perbuatannya, dan hati aku juga terdetik untuk meninggalkannya.Tapi aku masih memberi dia peluang dan memutuskan perhubungan bukan jalan penyelesaian. Bukan hanya kerana cinta semata-mata tapi ini adalah satu perjuangan dalam kehidupan aku sebagai hamba-Nya. Dia perlukan aku dalam hidupnya. Aku tidak boleh biarkan dia terkapai-kapai mencari hala tuju kehidupan. Sedangkan dalam umur yang sedemikian, dia sudah patut mempunyai kehidupan dan ekonomi yang stabil. Dia perlukan sokongan aku untuk melengkapkan hidupnya dan mengatasi kelemahannya. Dan andai ini cabaran yang perlu hadapi untuk membawa dia kembali ke jalan yang sepatutnya, aku redha. Dia seorang yang baik, tapi hati nya lemah dan dia turut mengakuinya. Orang lain pernah membuat silap dan dia tidak lari daripada kesilapan itu.
Memang trajedi ini memberi kesan yang mendalam dalam diri aku. Ketika itu, titik ragu-ragu mula timbul dalam hati ini dan aku mula tidak percayakan dia. Sentiasa persoalkan apa yang sedang dia buat? kemana dia pergi?, dan fikiran aku serabut dengan tanggapan-tanggapan negatif terhadapnya. Aku hanya mahu mengekorinya setiap gerak gerinya di setiap masa. Beginilah apabila hati seorang wanita dirobek. Apabila kepercayaan yang diberikan disalahgunakan. Hubungan mulai menjadi hambar dan hidup aku tidak segembira sebelumnya. Aku mulai goyah dan hanya tangisan yang sentiasa menemani.
Tapi akhirnya, aku sendiri sedar dan mengalah. Aku tidak boleh mengawal dirinya dan meletakkan segalanya dalam kawalan ku kerana aku cuma hamba-Nya. Terlalu banyak benda yang aku belajar daripada insiden ini dan mematangkan aku dalam menghadapi sesebuah permasalahan. Aku tidak boleh mengawal segala-galanya. Kepercayaan adalah perkara yang wajib perlu ada dalam setiap perhubungan. Tanpa kepercayaan, maka hambarlah sesebuah hubungan itu. Memaafkan dirinya adalah sebaik-baiknya dan aku cuba ikhlaskan hati menerimanya seadanya dan juga kelemahannya. Mulai dari saat itu, aku mulai mendekat diri dengan Allah dan sentiasa berdoa kepadaNya agar diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan-Nya. Hanya Allah yang boleh mengawal segala-galanya dan banyakkanlah doa kepadanya. Secara tidak langsung, insiden ini mendidik aku menjadi hambanya yang taat. Aku berpegang, dalam setiap masalah yang kita hadapi, kembalilah kepada-Nya, Insyaallah akan dipermudahkan segala urusan kita dan sabar itu amat dituntut, barulah ketenangan akan hadir. Alhamdulliah, aku sedang berusaha untuk memulihkan sebuah perhubungan yang telah dibina.
"Ya Allah, Peliharalah hati dan Anggota tubuhnya daripada perkara-perkara dosa. Restui dan berkatilah sebuah perhubungan yang terjalin ini. Ameen".
4 comments:
salam,
jemput singgah lagi di http://d-hatikubicara.blogspot.com
salam,
blog hatikubicara dhia tutup seketika..
* sekadar update pautan desirrindu dhia yg baru
Rindu nak menulis disini
Best day! We want to offer you huge dignity tablets at the lowest prices! http://www.mypharmacyforyou.com/
Post a Comment