Monday, August 18, 2008

pagi tadi tunang aku @ My Dear nak guna Maybank card aku, since duit dia simpan dalam akaun aku. tapi aku takut nak bagi sebab aku masih tak tukar no pin maybank card. bila aku bg tau no pin tu, terus berubah muka dia (sebab no pin tu ialah birthdate DIA). My dear ada hak nak marah, kalau dia merajuk pun itu memang perlu. Tapi percayalah, My Dear you are my present and my future. DIA is only my memory. I'm sorry My Dear.

Wednesday, July 30, 2008

"Buat sesiapa yang sedang bercinta, cinta tak semestinya bersatu, lebih-lebih lagi cinta pertama..." - Sinderella

Macam terkena kat batang hidung sendiri je bila terjumpa rangkap tersebut. Aku perlu bersetuju untuk itu. Memang ditakdirkan aku dengan DIA tiada jodoh. tapi cinta aku terhadap DIA akan kekal selamanya. As I've mention it before, DIA adalah kenangan terindah aku.


Friday, July 25, 2008

Apa khabar DIA sekarang?

wah... berani betul aku hari. Dek kerana keinginan yang tinggi melangit untuk mengetahui perkhabaran DIA, aku cuba memberanikan diri mendail no rumahnya di kampung. Malam tadi sebelum tidur aku hanya ingat akan DIA. Macam mana life DIA sekarang? Dah kahwin ke belum? kerja kat mana?. Semuanya bermain2 dalam kepala otak aku. Sebelum ini aku ada cuba menghubungi no telefeon bimbitnya (banyak kali sampai nak patah jari) tp tak berjaya. DIA tukar nombor barangkali. Alhamdulillah, aku berjaya mengubungi no tersebut dan emak DIA yang menyambut panggilan aku. Aku cuba menyamar yang aku kawan lama DIA yang baru balik dari 'overseas' dan dah lost contact. Memang betul, DIA sudah menggunakan nombor yang lain. Sambil2 itu aku sempat bertanya perkembangan DIA. Ya tuhan, DIA sudah bertunang pada bulan April lepas. Dalam hati aku ada sedikit terguris. Memang DIA tidak menginginkan aku. Tipulah kalau aku tidak berasa cemburu. Tapi bertuahnya gadis itu kerna dapat memiliki DIA. Hmm.. aku sudah bertunang dan DIA pun sudah bertunang. Moga DIA bahagia dengan pilihannya.

Friday, June 20, 2008

MyWish : Nokia 5610 XpressMusic



Aku nak sangat telefon ni walaupun telefon ni sudah lama berada di pasaran. Sejak kene ragut awal tahun ni, aku guna telefon anak buah aku :( Belum ada kesempatan nak beli phone baru memandang financial aku tak membenarkan aku untuk membeli. But i'll try my best to get it ASAP.

==> Aku dah dapat telefon ini dan My lovely yang hadiahkan kepadaku. Thanks 'hubby', love you so much, may Allah bless you.

Wednesday, June 18, 2008

I'm engaged



Today it's been a month aku jadi tunangan orang. Lepas ni kene kerja kuat kumpul duit to proceed with the next step("NIKAH+KAHWIN"). Kalau fikir pasal duit memang pening dibuatnya. Within a year, sempat ke aku kumpul duit. Tapi kawan-kawan aku yg sudah berkahwin berpesan, "jangan risau pasal duit, kalau kita niat nak kahwin, duit tu pasti ada". So aku dah tak fikir pasal duit utk kahwin lagi.
Banyak perkara di luar jangkaan aku berlaku sejak aku berkawan dengan tunang aku ni. Banyak perkara out of planning happen without my expectation. Tak pernah jangka akan menjadi tunangan orang dan merancang utk berkahwin dalam usia ini. Tapi kalau apa yang berlalu ini sudah tercatat dalam perjalanan hidup ini, aku redha.
Aku bahagia dengan hidup aku sekarang. Tapi aku selalu ingatkan pada diri aku yang semua ini hanya pinjaman. Sekarang aku perlu stabilkan kehidupan aku, kerjaya, kewangan, sosial dan macam2. Harap-harap aku masih punya waktu untuk mencapai apa yang aku inginkan.Lebih bahagia kalau 2 insan yang amat aku kasihi berada dekat dengan aku.

Tuesday, April 08, 2008

It is a short story with a beautiful message...

Little girl and her father were crossing a bridge.

The father was kind of scared so he asked his little daughter,

"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."

The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."

"What's the difference?" Asked the puzzled father.

"There's a big difference," replied the little girl..

"If I hold your hand and something happens to me,

chances are that I may let your hand go.

But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,

you will never let my hand go."

In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.

So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...

*This message is too short......but carries a lot of Feelings.

Thursday, April 03, 2008

Menjaga Hati

Yuvie & Nuno

masih tertinggal bayanganmu yang telah membekas di relung hatiku hujan tanpa henti seolah pertanda cinta tak di sini lagi kau tlah berpaling
biarkan aku menjaga perasaan ini, ohh
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau menjaga, aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati

sejujurnya diriku masih mengharapkanmu...

Another song that nice to hear. Tiada makna apa pun secara peribadi tetapi agak terusik bila mendengar alunan muzik dan kata-kata yang terdapat dalam lirik tu. Memang sukar untuk menjaga hati ini lebih-lebih lagi untuk jaga hati orang. Hingga ada waktu-waktunya kita terlalu menjaga hati orang lain hingga hati sendiri tak terjaga. Jadi mana yang perlu di dahulukan?. DIA? aku tidak mengharapkan dia lagi untuk menjaga hati aku kerna aku sudah menerima seseorang dalam hidup ini bagi menjaga hati aku yang telah luka disebabkan cinta yang lalu. Moga-moga kasih ini direstui, diberkati dan berkekalan..



Tuesday, March 25, 2008

i need the task

It’s already comes to the end of month, for those who are working must be waiting for this time because the $$$$$ has come. Me, who already working is happy as well. Do anyone don’t like money? I’m pretty sure that everyone loves it so much. But the thing that make me unhappy is I feel like “makan gaji buta”. This week is the 4th week I was not assigned with any task. The development for demo project has been stopped and now everybody is working hard in designing the real project. As I’m still new in this company and fresh graduate, so won’t involve in designing the system. So, I have to wait until they finalize the design, then I can start to work for the development. The last general election has delay the operation because the project is for the government. Any decision on the project are depend on government people.

So, untill now, I don’t have any work to do. Others suggesstion, try to look for work. Yes, I did so. I realize that so many things I have to learn especially on technologies used in my company. I’m so eager to learn all these things and try to grab as mush knowledge as I can. For the first two weeks, I enjoy it and feel a bit relax. But after a while, I’m starting to get bored and feel uncomfortable with the environment. Come to work with doing nothing. While everybody around me are busy doing their work, I feel ashamed and useless because I don’t contribute anything towards company. People around me might think badly about me while looking at me of do nothing. Perhaps, people might don’t say that but my heart said so. I admit that lately, I’ve spend most of my time with surfing for unnecessary thing and chatting. And I know I shouldn’t do that in workplace. But why it does happen? Because I’m getting bored and sick, not with the work but with the current situation. I’m not asking for it ayway and that is not I wanted for my career lilfe.

I am at the beginning of career path, and I want to gain as much as experience that I could have. Now, I am a programmer(huh.. what a tough job for me) though it’s not my dream job as well. I have my own career objective, I know what I want to be, it just the time does not come yet. So, I need the experience and hope it will help me in future. As I was an IT graduate, it’s normal for people like us working in doing program. But it just for beginning not forever. I know my level and I know my ability. I know what I have and haven’t. Also need to consider what I like and dislike. I’m not an “A” programmer but I challenge myself for it. Maybe I cannot be expert but at least I can be good in that area. I know I can do the given task. But what I afraid of is that I am not sure whether I can complete it in a short period as they request because that is normally happen in this company. I am a kind of person who learn from the experience. I do it , then I learn it, From the error I got, then I solve it. From the example of the code, then I modify it to create my own program. That is the cycle of learning that I have. I can do but it takes time. Is it acceptable? Yet, I still waiting for the task (the challenge I have to face… hope I can do that).

p/s : this entry also i wrote during working time.... hehehehe no work to do lor

Thursday, March 20, 2008

kawan aku putus cinta

onee: sue...aku dapat interview ngan amah raye jumaat ni. ko tau mokk keje 1 opis ngan awab. tapi jage kaunter je la. kaLO AKU DAPAT GAK KAN BEST KAN
aku : lor
onee: sue......
aku : jgn la mcm ni. bila mok start keje
onee: ko da nak balik ek
aku : jap lagi. nape?
onee: pie da tunang ngan awek die
aku : pijah jemput kenduri kahwin dia
onee: ko nak g ke pijah kawin?. kalo ko g aku follow. ramai kawan aku nak kawin da kan
aku : aku follow. nanti leh p dungun sekali. ko pun kahwin gak x lama nanti
onee: ko g ngan sape?. aku nak kawin ngan sape????tak de org nak kat aku
aku : aku dah suruh dzik plan. kita g ramai2. ko yg jual mahal. bukan x de org yg nak ngan ko
onee: jgn la ckp cam tu sue. aku ngah sedih ni
aku : yer la. ko kene luaskan pergaulan. jgn sekat2
onee: tapi aku rindu kat die. aku tak bole nak terime org lain
aku : sape ckp. tu ko yg ckp. dulu pun aku pernah ckp mcm ko kan
onee: sue jgn la marah
aku : aku x marah la
onee: aku betol2 tak bole
aku : cuma nak ingat kan. kalau ko ckp x boleh. cuba ko tgk anis tu
onee: bile aku sorg2 mesti aku ingat kat die
aku : kalau ikutkan. dia tu dr sekolah couple ngan adi. tp tgk ape jadi setelah lama bercinta. mula2 break memang la mcm tu. tp lama2 akan reda
onee: die lain sue. die lawa .die bebas .die pandai ckp n amik ati org. aku tak macam die
aku : eh
onee: aku tak mcm ko
aku : ko pun cantik ape. ape nyer tak? ape yg ko tak mcm aku, ko lg cantik dr aku, lagi senang nak dpt
onee: kalo luar je cantik dlm tak buat pe
aku :dah ko jgn nak merepek. lama2 nanti ko akan lupa gak tp ko kene cari pengganti.aku pun, igt leh lupa ke kat abg c**k ke?
onee:ko ingat senang ke. sampai skrg aku ade rasa rindu kat dia tau
aku :aku tau. memang tak senang. tp jgn ikutkan sgt. aku ni. sampai sekarang layan perasaan igt kat abg c**k. aku dengar lagu2 yg buat aku igt kat dia. tp nak x nak aku kene terima kan, dia x nak aku. aku x rugi ape, dia yg rugi sebab belum tentu dia akan dpt org yg cintakan dia mcm aku cintakan dia
onee:nape skrg lepas 3 thn lebih baru die ckp die tak bsedia tuk bcinte. nape?????nape sue????????????
aku :the same thing yg keluar dr kepala otak aku masa aku putus ngan abang c**k dulu. so what do u want me to say?. i wish aku tak pernah kenal abang c**k masa aku putus dulu but at the same time i thank to him.

onee:y u thank 2 him?
aku :yup, because he give me a chance to me to feel how the love is? i never hate him
onee:same with me. i also never hate him. but i still hope 1 day he will come back 2 me
aku :what i can say for u. take time for yourself and free up ur mind and heart. don't worry u have friends around u
onee:that's why i can't eccept anybody. aku ade ko n swan skrg ni. ape2 aku ckp kat korg 2 org je

orang kalau baru putus cinta, macam ni lah. kita nasihat ape pun dia takkan dengar. bagi mereka, dia lain, orang lain, tak sama. kalau nasihat pun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri kemudian terus layan perasaan. aku pun macam dia gak dulu, situasi yang tidak ada bezanya.Ini lah derita orang putus cinta lebih2 lagi kalau ditinggalkan. Nak kata gila bayang pun ada gak. Tapi lama kelamaan keadaan itu akan reda terpulang bagaimana cara kita mahu redakan keadaan itu. Memang akan ambil masa. Tapi jangan diikutkan sgt perasaan itu, nanti hati sakit badan merana. Nak lupakan tu memang payah lebih2 lagi bila ingatkan kenangan manis antara aku dan DIA. Kata orang patah tumbuh hilang berganti. Bila dah ada pengganti, pastinya derita itu secara tidak langsung akan hilang dan hati akan mula berbunga-bnga kembali. Kenangan itu biarkan ia di sana dan letakknay di tempat yang sepatutnya. Jangan cuba2 untuk dilupuskan kerana kerana kenangan itu perlu diabadikan.

Tuesday, March 18, 2008

Michael Wong - Tong Hua (fairy tale)

忘了有多久

wang le you duo jiu
I’ve forgotten how long it has been

再沒聽到你
zai mei ting dao ni
Since the last time I heard you

對我說你最愛的故事
dui wo shuo ni zui ai de gu shi
Tell me your favorite story

我想了很久
wo xiang le hen jiu
I have thought for a long time

我開始慌了
wo kai shi huang le
I start to panic

是不是我又做錯什麼
shi bu shi wo you zuo cuo shen me
Wondering if I have done something wrong again

你哭著對我說
ni ku zhe dui wo shuo
You told me as you cried

童話裡都是騙人的
tong hua li dou shi pian ren de
That everything in fairy tales are all lies

我不可能是你的王子
wo bu ken eng shi ni de wang zi
I couldn’t possibly be your prince.

也許你不會懂
ye xu ni bu hui dong
But perhaps you don’t understand either

從你說愛我以后
cong ni shuo ai wo yi hou
Ever since you told me you loved me

我的天空星星都亮了
wo de tian kong xing xing dou liang le
All the stars in my sky have brightened.

我願變成童話裡
wo yuan bian cheng tong hua li
I’m willing to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

你哭著對我說
ni ku zhe dui wo shuo
You told me as you cried

童話裡都是騙人的
tong hua li dou shi pian ren de
That everything in fairy tales are all lies

我不可能是你的王子
wo bu ken eng shi ni de wang zi
I couldn’t possibly be your prince.

也許你不會懂
ye xu ni bu hui dong
But perhaps you don’t understand either

從你說愛我以后
cong ni shuo ai wo yi hou
Ever since you told me you loved me

我的天空星星都亮了
wo de tian kong xing xing dou liang le
All the stars in my sky have brightened.

我願變成童話裡
wo yuan bian cheng tong hua li
I’m willing to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian sh
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

我要變成童話裡
wo yao bian cheng tong hua li
I will to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

我会變成童話裡
wo hue bian cheng tong hua li
I will to become the one in the fairy tale

你愛的那個天使
ni ai de ne ge tian shi
The angel that you love

張開雙手
zhang kai shuang shou
I extend this pair of hands

變成翅膀守護你
bian cheng chi bang shou hu ni
and turn them into wings to protect you

你要相信
ni yao xiang xin
You must believe

相信我們會像童話故事裡
xiang xin wo men hui xiang tong hua gu shi li
Believe we will be like we are in a fairy tale

幸福和快樂是結局
xing fu he kuai le shi jie ju
Where blessings and happiness is the ending

一起寫我們的結局
yi qi xie wo me de jie ju
Together we can write our own ending

Ni la lagu asal "CINTA ARJUNA" nyanyian aliff aziz. Memang best melody lagu ni. walaupun dalam bahasa cina masih sedap didengar. Lirik lagu asal lebih menarik berbanding yang diterjemahkan kan? Love this song so much.

Friday, March 14, 2008

I am falling in Love with 'Aliff Aziz'

Sungguh lunak dan merdu suara si Alif aziz ini, tak padan dengan umurnya yang masih muda. "Cinta Arjuna", lagu sedang aku gilai sekarang ni. Diputarkan berkali-kali tak kira di office, kereta atau rumah dan dimana2 saja. Nak putar sampai aku x nak putar lagi. Memang Layan la lagu ni dengan alunan muzik serta ditambah dengan lirik yang puitis. Terasa sesuatu yang mengetuk hati ini ketika ia berkumandang. Tapi untuk siapa ya? Apa-apapun dengar2kanlah lagu ni

"CINTA ARJUNA"

Ku peluk indah manisnya cinta,
Semuanya terasa indah,
Bagai di alam cerita cinta,
Hadir bahagia selama-lama

Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal 'tuk selamanya Mengapa kekasih,
Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri

Katamu kekasih yang sedang kita alami,
Takkan kekal 'tuk selamanya
Mengapa kekasih, Tiada kau percaya,
Kebenaran cerita kita

Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
Selamilah pada kejujuranku
Jadikanku arjuna, Arjuna dihatimu,
Percayalah oh puteri
Oooh....Percayalah bidadari......

Wednesday, March 12, 2008

They are cool

What a wonderful day I had yesterday, hanging out with budak2 ACCP satu group ngan aku dulu, makan sate Kajang. So glad to see them. Lama tak jumpa, so macam2 cerita ada. Uits, ada yang dah pakai jam baru, branded plak tu. Si fendi dengan PSP baru. Waduh…waduh… dah ada duit sendiri, macam2 macam boleh beli. Syah pulak meluahkan perasaan atas ketidakpuasan hati bekerja di tempatnya. He’s planning to move. Ridza and mat noor always stay cool, seem they comfortable with the workplace and happy with their life. Actually, dah lama planning to meet up, tapi pelbagai halangan yang ada. Akhirnya, semalam baru ada kesempatan. Release tension bila dapat jumpa diaorang. Ape2 pun next meet up, others plak yang kene belanje, hehehehe…Anyway guys, happy to have friend like you. Bukan setakat diaorang ni ‘sporting’ tapi perkara yang aku paling suka tentang diaorang, they like to share their knowledge with me. If want to know about programming especially “Javascript” and "DOJO", I always ask for help from fendy and md noor. Anything regarding to hardware, I refer to ridza and syah is the master DB. They are so cool man. Tak rugi kawan dengan diaorang sebab diaorang baik sangat. All of them were sitting behind me during the course. Suka kacau aku and one thing about them, aku memang tak boleh nak marah diaorang sebab kalau nak marah mesti ada lawak2 yang menggelakkan aku.

Semalam juga mimpiku didatangi DIA. Kenapa ek? Sebelum tidur tak fikir pun pasal DIA. Apa khabar DIA sekarang? Bagaimana keadaan DIA sekarang. Nak sangat bersua dengan DIA walau hanya sebagai kawan.

What a nice life, hanging out with friends, having chit-chat, go out for shopping and do whatever I want to do, spend the money to wahatever I want to. I feel enjoy with this kind of life. But life won’t go easily. My mum still treat me like her baby. I’m still in her control L. So many thing I want to do in life after graduated. But many unexpected things come to me. This is what we call, “We only can plan, and Allah also has plan for us…”

Monday, March 03, 2008

Cerita aku untuk tahun 2008

Sudah hampir suku tahun tapi belum ada satu coretan pun untuk tahun 2008 di blog ini. Bukan tidak ada apa-apa yang berlaku tapi sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini yang tak mampu untuk aku luahkan dalam penulisan ini. Atau mungkin aku terlalu sibuk dengan urusan-urusanku. Aku dalam usaha untuk menstabilkan kehidupan ku kepada yang sepatutnya. Kehidupan biasa yang aku inginkan. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan semakin banyak masalah yang perlu dihadapi. Selalu aku berfikir sendiri, aku perlukan pengisian dalam hidup ini yang boleh membuatkan hidup aku lebih bermakna. Masalah takkan pernah hilang. Sama seperti cinta yang datang dan pergi. Biarlah aku rumuskan apa yang telah berlaku dalam kehidupan aku di awal tahun 2008.

Permulaan tahun yang sangat baik buat aku.Aku mula melangkah ke alam kerjaya. Aku dikira bertuah kerana bekerja dalam bidang yang sama aku belajar di universiti. Tidak seperti kebanyakan graduan lain yang bekerja lain dari bidang yang mereka belajar. Satu cabaran baru buat aku dan aku telah mencabar diri aku untuk bekerja sebagai programmer yang menggunakan "JAVA language". JAVA language ni la yang membuatkan aku tak suka dengan programming. Tapi setelah aku manjalani kursus ACCP, aku mendapat keyakinan untuk buat programming. Actually it's quite tough for me, but I'll try my best and to prove that i can do Java programming. Alhamdulillah, so far so good. Working environment is quite good and all the staff are also good. Tidak ada isu membuli staff baru and they always came to help me when i need help.

Satu lagi perkara yang tak pernah aku jangka atau rancang dalam usia muda aku telah berlaku. aku telah dirisik oleh seseorang yang aku fikir, dia mencintai aku dan menerima aku seadanya. Me, do i love him?. Past is past, mungkin aku telah menjumpai someone better than before. DIA pun pernah cakap yang aku deserve for better person and i already met someone better than DIA. Halangan daripada sudah tentu. Keluarga aku, terutama sekali emak memang tak setuju dengan keputusan aku kerana mereka mahu aku bina kerjaya dahulu sebelum aku memikirkan hal perkahwinan. Tapi perkara ini memang tidak aku jangkakan. Aku pernah berfikir suatu ketika dahulu, aku tidak mahu berkahwin dalam usia muda, mahu membina kerjaya dan berjaya, mengumpul harta dan kemudian barulah memikirkan untuk berumahtangga. Tapi apabila hadir seseorang yang telah mengetuk pintu hati ini, yang aku fikir dia ikhlas terhadap aku dan perhubungan ini, kenapa tidak aku teruskan. Kalau perhubungan yang menuntut komitmen ini dapat memberikan aku ketenangan dan kebahagia, aku redha. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan tapi tidak bermakna aku harus menutup pintu hati aku untuk mana2 lelaki. Lebih baik aku menerima seseorang yang menyayangi aku daripada aku mengejar orang yang aku cintai. Cinta itu boleh dipupuk, lama-kelamaan cinta itu akan hadir jua dan aku dapat rasakannya. Insyallah, akan termetrai satu ikatan antara kami. Aku harap keputusan yang aku buat ini betul.

Hati ini selalu berbicara tapi jari-jemari ini kaku untuk menterjemahkannya. Anyway, selepas membaca blog "The Kingdom" baru datang mood untuk menulis. Terasakan sesuatu saat bertandang disana lalu hati ini membuak-buak untuk menulis disini.