Monday, March 03, 2008

Cerita aku untuk tahun 2008

Sudah hampir suku tahun tapi belum ada satu coretan pun untuk tahun 2008 di blog ini. Bukan tidak ada apa-apa yang berlaku tapi sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini yang tak mampu untuk aku luahkan dalam penulisan ini. Atau mungkin aku terlalu sibuk dengan urusan-urusanku. Aku dalam usaha untuk menstabilkan kehidupan ku kepada yang sepatutnya. Kehidupan biasa yang aku inginkan. Semakin meningkat usia kita, semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan semakin banyak masalah yang perlu dihadapi. Selalu aku berfikir sendiri, aku perlukan pengisian dalam hidup ini yang boleh membuatkan hidup aku lebih bermakna. Masalah takkan pernah hilang. Sama seperti cinta yang datang dan pergi. Biarlah aku rumuskan apa yang telah berlaku dalam kehidupan aku di awal tahun 2008.

Permulaan tahun yang sangat baik buat aku.Aku mula melangkah ke alam kerjaya. Aku dikira bertuah kerana bekerja dalam bidang yang sama aku belajar di universiti. Tidak seperti kebanyakan graduan lain yang bekerja lain dari bidang yang mereka belajar. Satu cabaran baru buat aku dan aku telah mencabar diri aku untuk bekerja sebagai programmer yang menggunakan "JAVA language". JAVA language ni la yang membuatkan aku tak suka dengan programming. Tapi setelah aku manjalani kursus ACCP, aku mendapat keyakinan untuk buat programming. Actually it's quite tough for me, but I'll try my best and to prove that i can do Java programming. Alhamdulillah, so far so good. Working environment is quite good and all the staff are also good. Tidak ada isu membuli staff baru and they always came to help me when i need help.

Satu lagi perkara yang tak pernah aku jangka atau rancang dalam usia muda aku telah berlaku. aku telah dirisik oleh seseorang yang aku fikir, dia mencintai aku dan menerima aku seadanya. Me, do i love him?. Past is past, mungkin aku telah menjumpai someone better than before. DIA pun pernah cakap yang aku deserve for better person and i already met someone better than DIA. Halangan daripada sudah tentu. Keluarga aku, terutama sekali emak memang tak setuju dengan keputusan aku kerana mereka mahu aku bina kerjaya dahulu sebelum aku memikirkan hal perkahwinan. Tapi perkara ini memang tidak aku jangkakan. Aku pernah berfikir suatu ketika dahulu, aku tidak mahu berkahwin dalam usia muda, mahu membina kerjaya dan berjaya, mengumpul harta dan kemudian barulah memikirkan untuk berumahtangga. Tapi apabila hadir seseorang yang telah mengetuk pintu hati ini, yang aku fikir dia ikhlas terhadap aku dan perhubungan ini, kenapa tidak aku teruskan. Kalau perhubungan yang menuntut komitmen ini dapat memberikan aku ketenangan dan kebahagia, aku redha. Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan tapi tidak bermakna aku harus menutup pintu hati aku untuk mana2 lelaki. Lebih baik aku menerima seseorang yang menyayangi aku daripada aku mengejar orang yang aku cintai. Cinta itu boleh dipupuk, lama-kelamaan cinta itu akan hadir jua dan aku dapat rasakannya. Insyallah, akan termetrai satu ikatan antara kami. Aku harap keputusan yang aku buat ini betul.

Hati ini selalu berbicara tapi jari-jemari ini kaku untuk menterjemahkannya. Anyway, selepas membaca blog "The Kingdom" baru datang mood untuk menulis. Terasakan sesuatu saat bertandang disana lalu hati ini membuak-buak untuk menulis disini.

No comments: