Friday, February 02, 2007

Masih ada harapan lagi

Apalah perasaan DIA bila DIA mengatakan yang DIA tidak punyai perasaan yang kuat untuk aku. Takkan hanya kerana kisahnya yang lalu DIA tidak boleh menerima aku? Kenapalah dalam tempoh 4 bulan ini dia memaksa diri, berpura2 sukakan aku, menyayangi aku? Berpura2 memberi kata2 cinta, rindu, kasih dan sayang. Walaupun aku dambakan cintanya dari dulu, tapi tak perlulah DIA lakukan semua itu hanya kerana mahu menjaga hati aku. DIA tak perlu cuba untuk suka pada aku kerana ia amat menyakitkan aku.

Kalau aku boleh putar masa 4 bulan yang lalu, aku takkan terima tawaran dia untuk menjalinkan hubungan yang lebih dari seorang kawan ini. cukuplah sekadar kawan. Walaupun ketika itu aku asyik tertanya2 perasaan DIA pada aku. Bagi aku DIA telah merosakkan perhubungan persahabatan yang dibina selama 5 tahun ini.

Katanya, DIA punya perasaan pada aku tapi tak cukup kuat. Aku harap dia takkan buang perasaan itu kerana jauh di sudut hati ini, aku masih mengharapkan DIA. Mungkin perasaan itu tidak hadir sekarang, tapi mungkin nanti. Biarlah aku memberi ruang padaNya buat masa ini. Ambillah berapa banyak masa untuk DIA berfikir kerana CINTA itu perlukan ruang dan waktu. DIA masih dalam pergolakan hati. Hati ini bila2 masa boleh menerima diriNya walau pernah disakitinnya.

Bukan senang untuk aku jatuh cinta. bukan senang aku nak mengaku yang aku jatuh cinta. Mana pernah aku menyukai lelaki lain seperti mana aku suka akannya. Mana pernah aku beri cinta aku pada lelaki lain walau diminta dan dirayu kerana hati ini hanya untuk DIA. bak kata2 kawan2 ku, aku ni keras kepala. hanya DIA yang mampu menundukkan kepala aku.DIA cinta hatiku yang pertama. Masakan dengan begitu mudah aku boleh melupakan dan melepaskannya. mungkin aku terpaksa melepaskannya tapi bukan sekarang kerana aku masih punya banyak waktu, berusaha memahaminya dan mendekatinya. biarlah jodoh yang menentukan segalanya. harap pintu hatinya akan terbuka untuk aku suatu hari nanti.

2 comments:

azeel said...

dulu, aku pernah jadi seperti kamu. dulu aku punyai cinta pertama yang setianya aku padanya hanya Allah yang tahu.
tapi bila dia mengambil keputusan yang aku ini bukannya untuknya dan mengambil jalan perpisahan, aku jadi manusia yang putus harapan.
aku harap kamu tidak jadi seperti aku.
aku harap kamu simpan sedikit hatimu untuk dirimu sendiri.
aku harap kamu cukup mengerti hampanya hati bila harapan mungkin berkecai nanti.
aku harap, kamu akan baik-baik saja.

MuT!aRa PuT!H said...

saya masih belum putus harapan lagi kerana harapan masih ada bersama2 saya. tapi sikit2 saya sedar yang hati saya perlu dijaga.
saya harap hati ini akan diberi kepada insan yang layak dan tahu menghargainya. supaya saya juga dapat menghargai dirinya.
terima kasih abang azim.