Wednesday, February 28, 2007

sempurna dan terbaik, keyakinan aku sudah kembali


Lepas semua rasa gementar yang melanda diri aku sejak beberapa hari lepas. Alhamdulillah, progress thesis presentation siang tadi berjalan dengan lancar. Aku masih tak percaya pada diri aku yang aku boleh melakukan sesuatu yang terbaik. Selama ini anggapan aku, aku hanya boleh melakukan sesuatu dengan sempurna tapi bukan yang terbaik. Kerana itulah yang selalu berlaku pada diri aku. Presentation siang tadi bukanlah presentation biasa kerana aku perlu present dihadapan profesor dari University of Sydney. Projek aku terpilih untuk di present kan kepada profesor itu.
Memang aku selalu rendah diri dengan projek yang sedang aku lakukan. Jika dibandingkan dengan kawan2ku yang lain, yang sedang cuba membuat sesuatu yang sukar. Cukuplah hanya mendengar project title mereka sudah cukup menggentarkan aku. Menggunakan method2 yang agak susah seperti neural network, genetic algorithm, image processing, hybrid technique. Dan aku tak mampu buat apa yang mereka sedang lakukan. Jadi aku memilih untuk membuat sesuatu yang biasa2 sahaja cukup dengan kemampuan diri aku kerana aku bukanlah tergolong dalam golongan yang bijak dan tak punyai otak yang bergeliga. Fuzzy expert system menjadi pilihan aku kerana itu yang aku rasa aku mampu buat. Lagi pula, research problem aku tak la menarik mana dan tak la gempak mana.
Tapi, persepsi aku berubah selepas presentation itu. Projeck aku mendapat pujian daripada profesor itu and he said my project is a good project. I have a good project title and he really wanted to see the project is implement successfully. My project title has potential to be expanded and he suggest me to do it for my PHD and if i really can make it, i have chance to get for the noble prize if i futher the research. Tergamam aku dibuatnya kerana aku tak pernah terfikir sampai ke tahap itu. Tapi semua itu telah memberi suntikan semangat kepada aku.
Apa yang menggembirakan aku hari ini, aku bangga pada diri aku. Sebab aku boleh present dengan baik, berbahasa inggeris sepenuhnya. Selama ini, aku memang darah gemuruh kalau present kat depan. Jadi aku hanya baca nota yang aku bawa dan baca dari slide yang aku buat. Tapi tadi, aku dapat huraikan dan ceritakan tentang projek aku tanpa nota dengan lancarnya. Aku mampu menjawab semua persoalan daripada profesor itu dengan baik. Kebiasaannya aku mesti tiada idea untuk persoalan yang diajukan lebih2 lagi jika perlu untuk berbahasa inggeris dan akhirnya aku hanya mampu menyengih. Bukannya tak boleh cakap tapi takut. Aku sudah dapat semula keyakinan yang hilang sejak 5 tahun lalu. Ya, aku dapat semula apa yang aku hilang dahulu. Aku sudah berkeyakinan seperti dulu. Itu yang aku cari selama ini dalam diri aku. Aku rindukan diri aku yang dahulu.
Hari ini mampu membuatkan aku tersenyum. Kegembiraan yang aku rasa kali terakhir ketika dizaman persekolahan aku. Jadi aku mahu kongsi kegembiraan aku dengan semua orang. Aku sms dengan orang2 yang terfikir di dalam kepala otak aku. Aku juga berterima kasih kepada manager di tempat aku bekerja kerana dia selalu push aku untuk kerja di service area. Disitu aku perlu berjumpa dengan orang ramai, memerlukan aku untuk bercakap. Di situ juga, kayakinan diri ini mula dibina kembali.
Aku juga SMS kepada DIA untuk berkongsi kegembiraan aku. He’s the person that i want to share my happiness. Aku lupakan kesakitan ini kerana aku teringatkan DIA yang dahulu. He’s supportive person. Selalu mendorong aku untuk buat yang terbaik. Dan DIA adalah idola aku kerana DIA seorang yang selalu melakukan yang terbaik untuk setiap kerja2nya. Buat pertama kalinya, siang tadi DIA menelefon aku sejak dia memutuskan untuk hanya kebagai kawan. Lepas rindu dihati ini. Aku hanya memperdengarkan suara yang gembira kepadanya, menceritakan kegembiraan aku kepadanya. Tapi dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu betapa peritnya apa yang aku rasa. He said, he’s happy for me. Tapi, DIA tersasul menggunakan panggilan dirinya ketika aku dan DIA bersama dahulu. Aku hanya biarkan. Sebaik talian diputuskan, airmata bergenang dikelopak mata aku. Aku tak mampu untuk menahannya kerana aku masih sayang kepadanya dan hati ini masih milik DIA.

Thursday, February 22, 2007

aku dan W**

setelah sekian lama tak berhubung dengan W** akhirnya bertemu jua dia alam maya. aku dan W** chat di YM. gembira bukan kepalang bila nampak dia online. aku tak pernah buang dia. aku akan ingat dia sebagai sahabat aku. terlalu banyak perkara yang dibicarakan. katanya, dia tak ada tempat untuk meluahkan masalahnya. aku katakan padanya, aku sedia mendengar kalau dia mahu. dia minta maaf pada aku sebab sengaja buat aku benci pada dirinya supaya aku tak berkawan dengannya lagi. tapi semua itu tak mampu untuk mencapai niatnya. aku bukan seorang yang mudah untuk membenci orang. buat lah apa sahaja untuk aku membencinya. tapi itu takkan terjadi kerana aku akan hanya ingat perkara2 baik yang pernah dilakukannya. sebab perkara2 itu ada ikhlas darinya. tapi perkara2 bodoh itu bukanlah dirinya.aku sangat senang berkawan dengan W**. cuma aku kesal dengan perbuatan teman wanitanya yang tidak berpendidikan dan berfikiran sempit itu. katanya lagi, dia tidak banyak kawan perempuan yang rapat dengannya, hanya ada 2 orang, kawan sekolahnya dan juga aku. terharu aku apabila mendengarnya.
terdetik juga dihati aku untuk menghubunginya. bukannya takut, tapi aku tak nak menyusahkan dia kerana aku pasti akan timbul pergaduhan antara dia dan teman wanitanya. aku tak faham betul dengan perempuan itu. aku dah rapat dengan W** sejak sebelum mereka couple lagi. alih2 bila dah couple, perempuan tu tak kasi pula W** berkawan dengan aku. what a narrow minded person???
lama juga kitaorang berborak dan bertukar2 cerita. berbicara pasal masalah dia dengan perempuan itu, kehidupan aku kini dan juga kisah perpisahan aku dan DIA. kesian dengan w** sebab dapat wanita macam perempuan itu. W** ada menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan aku, cuma tunggu masa yang sesuai.cuma YM sahajalah tempat yang selamat untuk kitaorang berhubung.

Wednesday, February 21, 2007

aku, thesis, kerja, DIA

alhamdulillah, dengan izinNYA aku dapat jalani hidup seperti biasa. minggu lalu aku tak berapa sehat. 2 kali aku ambil MC. tapi sekarang keadaan aku bertambah baik dan bertambah sibuk. biarkan kesibukan menenggelamkan perkara2 yang tak ingin aku ingati. masa aku hanya untuk kerja dan thesis. ah, thesis... memang menggerunkan aku. sudah ke penghujung bulan 2. tapi development masih belum bermula. report... progress terlalu perlahan tapi sekarang aku cuba untuk push diri
aku supaya beri tumpuan kepada thesis. mak selalu call, suruh aku balik. tapi, betul2 aku tiada peluang untuk itu. kesian kat mak. anakmak pun rindu kat mak. kalau cuti pun, masa itu adalah masa untuk aku ke kelas thesis. tertekan? sikit pun aku tak tertekan dengan keadaan ini dan aku rasa selesa.

KERJA.... belajar belum habis lagi. tapi sudah ada kerja yang menunggu. cuma tunggu jawapan dari aku. semalam area manager memberi tawaran kerja sebagai shift manager dalam restaurant untuk bulan 4 ini. dia sudah plan untuk aku. dia tak boleh terus naikkan aku kepada assistant manager walaupun jika ikutkan kelayakan, aku layak untuk jawatan itu. tapi aku akan dinaikkan kepada assistant manager selepas 3 bulan aku bekerja sebagai shift manager? dia suruh aku beri jawapan bulan 4 ini selepas aku habis pengajian aku. nak atau tidak? susah nak jawab tu. bekerja direstaurant bukanlah kerja impian aku. kene pakai uniform, cuti pada hari biasa. orang lain cuti, aku kerja, orang kerja, aku cuti. tambahan pula, lari jauh dari bidang pengajian aku. tak berkait langsung. susah2 aku belajar sampai pecah kepala. tiba2 kerja di restaurant. tak berbaloi. tapi aku kene ingat... kerja bukan senang nak dapat sekarang ni. so, fikir apa lagi? just grab the opportunity that has come right?

DIA tidak pernah aku lupakan. sikit pun tak terlintas difikiran aku untuk melupakannya walaupun kawan2 menyuruh aku untuk melupakannnya. memang sakit dengan apa yang ditinggalkannya. tapi tidak mampu memadam memori indah antara aku dan DIA. mungkin baginya tiada apa antara aku dan dia. tapi bagi aku, semua yang berlaku antara aku dan DIA adalah perkara yang indah sejak aku mula sedar yang aku sukakan DIA. aku cuba untuk beri ruang pada dirinya. cuba untuk tidak tutupkan pintu hati aku kepada mana2 lelaki. tapi bukanlah mudah untuk aku beri hati aku pada lelaki. antara aku dan DIA, biar jodoh yang menentukannya.

********************************
Anuar Zain - Perpisahan

Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering, kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah bersulam bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu…
Masih tercari-cari…

Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu


mungkin juga dia sudah tetap dengan pendirian dan keputusannya. mungkin aku masih belum menerima kenyataan ini kerana aku tak sanggup kehilangannya. hati ini masih rindu dan sayang. jauh di sudut hati ini masih mengharapkannya. itu tak mampu aku nafikannya.

Friday, February 02, 2007

Masih ada harapan lagi

Apalah perasaan DIA bila DIA mengatakan yang DIA tidak punyai perasaan yang kuat untuk aku. Takkan hanya kerana kisahnya yang lalu DIA tidak boleh menerima aku? Kenapalah dalam tempoh 4 bulan ini dia memaksa diri, berpura2 sukakan aku, menyayangi aku? Berpura2 memberi kata2 cinta, rindu, kasih dan sayang. Walaupun aku dambakan cintanya dari dulu, tapi tak perlulah DIA lakukan semua itu hanya kerana mahu menjaga hati aku. DIA tak perlu cuba untuk suka pada aku kerana ia amat menyakitkan aku.

Kalau aku boleh putar masa 4 bulan yang lalu, aku takkan terima tawaran dia untuk menjalinkan hubungan yang lebih dari seorang kawan ini. cukuplah sekadar kawan. Walaupun ketika itu aku asyik tertanya2 perasaan DIA pada aku. Bagi aku DIA telah merosakkan perhubungan persahabatan yang dibina selama 5 tahun ini.

Katanya, DIA punya perasaan pada aku tapi tak cukup kuat. Aku harap dia takkan buang perasaan itu kerana jauh di sudut hati ini, aku masih mengharapkan DIA. Mungkin perasaan itu tidak hadir sekarang, tapi mungkin nanti. Biarlah aku memberi ruang padaNya buat masa ini. Ambillah berapa banyak masa untuk DIA berfikir kerana CINTA itu perlukan ruang dan waktu. DIA masih dalam pergolakan hati. Hati ini bila2 masa boleh menerima diriNya walau pernah disakitinnya.

Bukan senang untuk aku jatuh cinta. bukan senang aku nak mengaku yang aku jatuh cinta. Mana pernah aku menyukai lelaki lain seperti mana aku suka akannya. Mana pernah aku beri cinta aku pada lelaki lain walau diminta dan dirayu kerana hati ini hanya untuk DIA. bak kata2 kawan2 ku, aku ni keras kepala. hanya DIA yang mampu menundukkan kepala aku.DIA cinta hatiku yang pertama. Masakan dengan begitu mudah aku boleh melupakan dan melepaskannya. mungkin aku terpaksa melepaskannya tapi bukan sekarang kerana aku masih punya banyak waktu, berusaha memahaminya dan mendekatinya. biarlah jodoh yang menentukan segalanya. harap pintu hatinya akan terbuka untuk aku suatu hari nanti.

Thursday, January 25, 2007

aku yang perlu menunggu lagi

Sudah lama malam ku tidak ditemani airmata. SMS yang aku terima dari DIA siang tadi betul2 mengganggu fikiran aku. Semalam DIA bertanya padaku, adakah aku gembira besamanya. Sudah tentu aku gembira kerana insan yang aku tunggu selama bertahun2 dan aku dambakan berada bersamaku.
Dan siang tadi dia menyatakan bahawa DIA tidak boleh melupakan kisah lalunya yang terlalu menyakitkannya, yang membuatkan dia tidak kenal akan dirinya. DIA punya perasaan terhadapku tetapi tidak begitu kuat. Dia cuba untuk baik terhadapku tapi DIA tak boleh sehingga membuatkan aku selalu makan hati.
Tapi bagi aku perkara yang lepas biarkan berlalu. Aku tak kisah siapa dia masa lepas. Yang aku mahukan hanyalah untuk bersamanya masa kini dan masa hadapan. Memang tak dinafikan, aku selalu makan hati dengan nya. Tapi bila hati sudah sayang, semuanya diketepikan. Ku katakan padanya, ambillah sebanyak mana masa untuk DIA berfikir dan aku sentiasa akan menunggunya. Yang aku tahu aku terlalu sayangkan DIA.
Sanggupkah aku menunggu DIA sehingga ke tua. Walaupun jawapannya nanti tidak memihak pada aku. Sanggupkah DIA membuat orang yang terlalu mengasihinya sedemikian rupa? Mungkin jawapan tak akan memihak pada aku bila DIA sudah punyai insan lain dalam hidupnya. Jika tidak, selagi itu aku masih ada peluang. aku dah biasa menunggu. sebelum ini pun aku menunggu DIA bertahun-tahun untuk bersamanya sebagai pasangan kekasih.

Friday, January 05, 2007

Hati ini sedang risau

DIA tak ada di KL dalam minggu ini sehingga minggu depan. DIA berada di kampung halaman. DIA punya masalah sendiri. Jadi dia perlu untuk tenangkan hati. Hati ini tertanya-tanya apakah masalah yang menimpanya. Tapi biarkanlah kerana aku sendiri punya masalah aku sendiri. Hati ini terlalu risau akan dirinya. Berdebar-debar apabila mengetahui perkhabaran itu. Tapi aku cuma mampu berharap dia mampu menyelesaikannya dengan sebaik yang mungkin. Harap-harap masalah yang difikirkannya itu tiada kaitan dengan perhubungan kami. Yakinkanlah diri ini yang DIA milikku.

Thursday, December 28, 2006

Hati ini hampa

Aku fikir mahu berjumpa dengan DIA selepas dia habis bekerja untuk melepaskan rindu dihati ini. Biarlah walaupun sekejap asalkan dapat berjumpa. Inilah peluang aku untuk berjumpa dengan DIA sementara aku dalam bercuti. Lagipun hujung minggu nanti DIA balik kampung. Nanti bila aku sudah dah mula kuliah dan kerja, pasti susah nak jumpa. Tapi DIA enggan. Alasannya penat dan tiada duit. Lagi alasannya, mahu hantar kawan ke KLIA, kalau jumpa nanti kelam kabut. Kalau penat, rehat saja di rumah. Betul tak? Kalau dia tiada duit sekali pun apa salahnya keluar bersama kerana bila aku sendiri yang ajak pastinya aku sudah membuat peruntukan untuk itu. Setakat keluar dan makan-makan ada la sedikit memandangkan aku pun masih seorang penuntut. Masih tidak mampu untuk berbelanja besar. DIA juga harus tahu, aku berkawan dengannya bukan kerana wang, harta, pangkat atau darjat. Aku ikhlas dengan DIA.

Hati ini hampa. Hati ini sebenarnya merajuk dengan DIA. Tapi aku sudah berjanji pada diri aku yang aku akan cuba untuk memahami diri DIA selagi aku mampu.

Inilah nasib kalau kita sayang DIA lebih daripada DIA sayang kita. Aku harap suatu hari nanti aku boleh lihat cinta dihati DIA untuk diriku.

Hati ini sebenarnya tertanya2, ikhlaskah DIA menyayangi diri aku? Jujurkah DIA pada kata-katanya bila mengatakan “HE LOVES ME”?

Tuesday, December 26, 2006

Kesal

kenapa perasaan kesal itu perlu wujud dalam diri manusia? terlalu banyak perkara yang aku kesalkan dalam hidup ini. aku rasa, terlalu banyak peluang yang diberikan padaku. tapi aku tak pernah ambil peluang itu dan gunakannya dengan baik. diriku dikawal emosi.

terlalu besar pengorbanan emak membesarkan aku. mendidik aku supaya menjadi manusia yang berguna. aku harap aku dapat membalas jasanya. aku harap agar aku dapat menjadi seorang manusia yang hebat, dan buat emak berbangga dengan pencapaian aku. tapi semuanya sudah terlambat dan aku masih tercari-cari arah tujuku. jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekolahku, jauh telah ku ditinggalkan walaupun satu ketika dahulu aku sentiasa menjadi pesaing dan memintas mereka. malah akan aku pastikan diriku melakukan lebih baik dari mereka kerana aku hanya mahu yang terbaik. tapi semuanya sudah berubah apabila aku melangkah ke alam universiti. aku seolah-olah kurang sokongan. mudah sangat putus asa, jatuh semangat dan keyakinan terhadap diri sendiri juga sudah berkurang. kalau dulu aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang aku mahukan. tapi sekarang, kalau tak dapat tu, dah la. senang sangat menyerah, terima sahaja apa yang ada.

apabila toleh 5 tahun kebelakang, kalaulah aku betul2 mengambil peluang yang ada. mengguna sebagaimana yang sepatutnya pasti aku tidak akan kesal begini. mesti aku boleh menjadi manusia yang hebat, anak yang boleh dibanggakan. tak perlu 5 tahun kebelakang, sepatutnya aku sudah sedar yang aku telah mensia2kan masa diploma aku dan apabila aku mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, aku seharusnya mengambil peluang itu. tapi sekali lagi aku mensia2kannya. rasa seronok bila dengar kawan2 mendapat keputusan peperiksaan yang baik setiap semester. tapi lebih seronok kalau aku yang mendapat keputusan yang baik itu. bukan aku tak boleh lakukannya tapi aku sering lalai dan leka. aku akui kesilapan itu. tiada apa yang nak dikesalkan, sekarang aku tinggal satu semester lagi untuk menamatkan pengajian aku dan aku harus terima apa yang aku lakukan dan usaha untuk sepanjang 2 1/2 tahun pengajian aku. aku harap aku punya kekuatan untuk menamatkan pengajian ku ini.

Tuesday, December 19, 2006

Perempuan Itu, akalnya letak dimana?

lewat 3 malam lepas aku didatangi oleh satu panggilan yang boleh aku jangkakan. aku kenal pemanggil itu, dan tanpa memberi salam terus menyerang aku. marahkan aku kerana mengajak teman lelakinya keluar. Ya, perempuan mana yang tak marah kalau teman lelakinya keluar dengan perempuan lain. tetapi perempuan itu sepatutnya sedia maklum bahawa aku hanya berkawan baik dengan teman lelakinya. malah kami sememangnya sudah baik sejak sebelum kawan aku ber"couple" dengan perempuan itu. perempuan itu sepatutnya juga sedia maklum bahawa aku tidak mungkin akan keluar berdua sahaja dengan teman lelakinya,W** kerana aku sendiri sudah mempunyai teman. terasa maruah aku diletakkan dibawah telapak
kakinya bila dikatakan tiada lelaki lainkah untuk aku ajak keluar selain teman lelakinya. lagipun aku mengajak W** keluar bukan untuk suka2 tetapi kerana ada masalah yang perlu diselesaikan. perempuan itu juga sepatutnya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali aku keluar dengan teman lelakinya malah perempuan itu juga pernah turut keluar bersama kami lepak di kedai mamak mahupun menonton wayang. malah pernah bergembira bersama. tidak pernah lebih hanya sekadar kawan. Bukan perkara asing sepatutnya.
perkara yang tidak masuk akal, apabila aku dituduh suka pada teman lelakinya. mana mungkin aku boleh suka pada W** kerana hati ini hanya untuk DIA dan W** tidak boleh dibandingkan dengan DIA. perempuan itu terus menerus menyerang aku seperti perempuan gila. is it possible for me to ask permission from her kalau nak ajak kawan baik aku sendiri keluar?. aku sedar perempuan itu sedang marah kerana cakapnya pun tidak tentu arah, jadi aku tidak mahu menaikkan lagi kemarahannya dan aku cuba meletakkan diri aku setenang yang mungkin ketika membalas kata2nya.
daripada kes ini, ada beberapa perkara yang aku kesalkan. satu, kerana marahkan aku mengajak teman lelakinya keluar dan perasaan cemburunya yang tak bertempat, dia lupa akan persahabatan yang dihulurkannya kepada aku. kami saling mengenali dan aku pernah penjadi tempat luahannya tatkala mengkhuatiri kesetiaan teman lelakinya itu. perempuan itu tidak pernah tahu bahawa aku pernah berada dipihaknya apabila teman lelakinya dalam dilema untuk membuat pilihan untuk memilih sama ada bekas teman wanitanya atau perempuan itu untuk menjadi kekasihnya. akhirnya W** memilih untuk terus setia bersama perempuan itu. Hanya kerana perempuan itu, aku tidak boleh berkawan rapat dengan W** sebagai mana di awal perkenalan kami. Ketika itu W** belum ber'couple' dengan perempuan itu.
aku malas untuk menyaratkan kepala otak aku dengan perkara remeh temeh begini. Biarkan ia datang tak berjemput, singgah sebentar dikepala aku dan kemudian ku campakkan ianya jauh2. Aku dengan keputusan aku, memilih untuk tidak mahu mengenali perempuan itu lagi dan perempuan itu ku anggap tidak pernah aku kenali kerana perempuan itu tidak layak untuk berkawan dengan aku setelah perempuan itu melayan aku sebegini rupa. sikit pun tidak menjejaskan kehidupan aku bila ku buang dia dari hidup aku. semua gambar, mahupun no telefonnya telah aku padam. aku tidak redha diriku difitnah oleh perempuan itu. Dan W**, mulai saat ini, kita hanya rakan sekerja, tiada lagi ketawa, tiada lagi gurauan. walaupun sebelum insiden ini aku berjanji untuk memperbaiki persahabatan kita, kini aku rasa lebih baik aku berdiam diri sahaja. tapi aku tak pernah lupa yang kita pernah berkawan baik suatu ketika dulu. Kuharapkan, jika itulah perempuan yang engkau pilih untuk hidup dengan kau, itu hak kau. tapi pastikan engkau yang akan menguasai perempuan itu dan bukan sebaliknya kerana engkau adalah lelaki.

Sunday, December 17, 2006

Kisah 3 sekawan

Persahabatan mula terjalin masa mula aku menjejakkan kaki aku di pizza hut di mana tempat aku bekerja sekarang. W**, insan yang membuat aku tidak kekok untuk bekerja di tempat baru. Dialah yang banyak mengajar aku kerja-kerja disitu. Sikit pun tak sombong walaupun dia merupakan staff lama disitu. Banyak juga cerita2 yang aku kongsi dengannya. Dia seorang pendengar yang baik.
D*v*n pula, pernah manaruh minat pada aku. Banyak perkara yang pernah dia lakukan untuk menarik hati aku. Walaupun aku menolak dirinya tapi aku tetap menghargai semua yang dia lakukan untuk aku. Tak masuk dek akal untuk menjalinkan hubungan dengannya. Tapi dia sangat baik. Banyak membantu aku sewaktu aku susah suatu ketika dulu. Aku juga ada mention pada dia, kalau mahu terus berkawan dengan aku, jangan sesekali menyimpan perasaan padaku. Walaupun setelah mendengar pengakuan beraninya, aku tetap melayan dia seperti biasa.
Aku memang rapat dengan W**, dan masa yang sama juga aku rapat dengan D*v*n. Semakin hari hubungan kami makin rapat. Dulu, selalu lepak sama2. biasanya D*v*n yang akan ajak keluar. Boleh dikatakan hampir setiap malam kitaorang lepak sama2. walaupun itu satu helah d*v*n untuk berjumpa dengan aku. Selalunya kitaorang mesti lepak kat kedai mamak Darul Ehsan area rumah aku. Kalau dapat duit gaji kitaorang akan tengok wayang sama2. dalam masa beberapa bulan ni banyak juga perkara yang dilakukan bersama2.
Tapi, sejak kebelakangan ini, d*v*n banyak berubah. Kadang2 perlakuan dia semacam mahu menyakitkan hati aku. Dia umpama sudah melupakan kata2nya dulu. Aku rasa aku sudah melunaskan janji2 aku. Senangnya dia berubah? Apa yang menyebabkan dia berubah? Aku sendiri masih mencari jawapannya. Dia dah tak ajak lepak, tak kirim sms pada aku. He even don’t care about me anymore. Disebabkan perubahan itu juga, aku menjadi sangat kecil hati walaupun sebelum ini aku tak kisah kalau dia bergurau dengan aku. Cepat sangat nak merajuk. Mungkin dia dah bosan untuk memujuk aku lagi. Jadi aku dia biarkan.
Insiden semalam lebih merunsingkan aku, bila W** merajuk dengan aku. Sampai hari ni pun dia tak menegur aku dan juga membalas kiriman sms aku. Betul2 merajuk nampaknya.sebelum d*v*n masuk keje semalam, semuanya ok. Tapi bila dia masuk keje, dia buat aku sakit hati. Malam ini ada juga aku mengajak diorang lepak bersama2. tapi dia enggan. Aku harap bila lepak malam ni. Semuanya akan terlerai. Tapi akhirnya aku sendiri yang hampa. Aku sangat sayang kan diaorang dan juga persahabatan ini. Diaorang la penceria hidup aku. Selalu buat aku ketawa bila aku sedih. Salah satu sebab kenapa aku suka pergi keje. Silap aku juga, selalu mengikut perasaan. Aku tak nak hubungan ini musnah seperti mana persahabtan aku dengan Kat. Cukup la sekali ia terjadi. Jangan jadi untuk kali kedua. Dek kerana salah faham, terlalu banyak prasangkan dan menyimpan perasaan, akhirnya semuanya musnah. Aku mahu belajar dari pengalaman itu. Aku akan cuba untuk menyelamatkan persahabatan ini.


sms aku kepada W** dan D*v*n -->17 dec06, 02:24

"I don't want to loose both of u, coz u too are my fren that alway make me happy. don't ruin this frienship coz i missed the time we've been together. Don't leave me behind. Plz"


Sunday, December 10, 2006

Tak Seperti Dahulu

aku pun tak pasti sama ada aku yang sudah berubah atau orang lain yang dah berubah ataupun keadaan sekeliling yang berubah. tapi yang pasti semuanya tak seperti dulu. antara aku dengan kak z*** seolah2 ada jurang yang memisahkan aku dan dia. Dulu kitaorang rapat. ingat lagi saat mula2 aku mengenalinya ketika belajar di Dungun dahulu. dia merupakan kawan sekelas aku. sebelum kehadirannya, aku sentiasa bersendirian pergi dan balik kelas. sehingga roommate aku menegur aku agar mencari kawan. tapi aku tidak bersendirian lagi sejak kehadiran kak z***. dia bukan sekadar kawan tapi aku amat menghormati dirinya yang aku angggap seperti kakak aku sendiri. mengenalinya dirinya menghasilkan aku yang sekarang ini. berkawan dengannya mengajar aku untuk membataskan diri dalam pergaulan. berkawan dengan dia mengajar aku untuk bersederhana. berkawan dengannya juga mengajar aku untuk mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. dan dia juga mengingat aku bahawa "tidak semua yang kita nak, kita akan dapat". semuanya aku belajar dalam tempoh 5 tahun perkenalan itu. dia juga tempat aku luahkan segala-galanya. tak kira cerita sedih ataupun gembira, aku mesti nak kongsi bersamanya. lagi 1, aku memang tak boleh nak menipu dengan kak z***. kalau aku tipu pun mesti aku akan beritahu dia akhirnya. itulah kelemahan aku kalau berhadapan dengannya. senang cerita memang tak ada rahsia antara aku dengan dia.

tapi itu dulu... sekarang semua dah lain. seperti yang aku katakan, antara aku dan dia seperti ada jurang yang menjauhkan kami. dekat tapi jauh. memang perangai semulajadi aku, aku mudah rasa cemburu kalau ada orang lain yang merapati kawan baik aku. tapi mengikut usia yang semakin meningkat, aku cuba untuk mengawal perasaan itu. sebab itu lah kalau ada orang yang rapat dengan kak z***, aku tak kisah asalkan akak masih melayan aku seperti biasa. macam akak rapat dengan aini, aku tak kisah sebabnya dia masih layan aku macam biasa. tapi sekarang bila dia rapat dengan E**h, dia tak macam dulu. aku rasa apa yang aku buat semuanya serba tak kena. seolah2 apa yang aku buat semuanya dia tak berkenan. tapi kalau E**h tu, apa2 pun akak layankan aja. aku terasa e**h perlahan-lahan mengambil akak jauh daripada aku. Akak sekarang ni, jarang nak bercerita dengan aku. kalau dulu apa2 pun dia akan kongsi dengan aku. sekarang, sikit2 e**h. memang aku terasa sangat. akak dah tak pedulikan aku. Aku cuba untuk berfikiran positif dengan keadaan ini. Semester ini akak tertekan dengan thesis dan mungkin keadaan aku yang jarang berada dirumah menyebabkan akak semakin rapat dengan e**h. tapi lama kelamaan aku semakin terasa bukan sebab itu akan perubahan itu. Sekarang ini pun bila aku berada dirumah akak jarang sangat berborak dengan aku. Akak dah jarang menegur kesilapan aku sebaliknya akak lebih banyak mengejek mempersendakannya. Sekali sekala boleh aku anggapkannya sebagai gurauan tapi bila selalu diperkatakan, hati aku terasa.

Bila aku berhadapan dengan keadaan ini. Biasanya aku akan membawa diri. Aku akan cuba lakukan apa saja yang boleh melarikan fikiran aku daripada memikirkan perkara ini. Sebab itu aku lebih banyak menghabiskan masa aku untuk bekerja berbanding duduk dirumah. Kalau duduk dirumah lebih menyakitkan hati. Kenapa semua ini terjadi? aku tak mampu nak luahkan kepada sesiapa.

Thursday, December 07, 2006

Happy Birthday to Me

Hari ni genap lah aku 23 tahun. tiada apa yang nak dibanggakan dengan tarikh kelahiran aku. sebab terlalu banyak keperitan, kesedihan, penghinaan pada tarikh itu. kalau boleh biarlah tarikh itu tak pernah wujud dan dengan itu, aku turut tidak wujud di dunia ini. walau macam mana pun aku kene redha dengan ketentuanNYA. Bila sudah hidup di muka bumi ini dengan pelbagai dugaan dariNYA, timbul pula satu keinginan untuk mengecapi kebahagian. itu saja yang aku inginkan. sebab itu aku masih kuat untuk teruskan hidup. aku harapkan agar ada sinar kebahagian untuk aku nanti.
actually, aku kecik hati sangat dengan DIA. aku harapkan tepat 12 malam ini DIA akan telefon untuk ucapkan selamat hari jadi aku. tapi aku hanya terima sms dari dia. tu pun ntah sms keberape ntah. aku tak nak lah jadi perempuan yang cerewet sangat. tapi kita mesti harapkan org yang kita sayang wish kat kita. mestilah kita nak kongsi hari istimewa tu dengan insan yang kita sayang. itu pun mesti reminder dia yang ingatkan dia. memang kecewa sangat dengan DIA. aku tak reply pun sms DIA. lain yang aku harapkan, lain yang jadi.
walau apa pun, terima kasih sangat2 kepada kawan2 yang wish kat aku. i'm really appreciate that. I LOVE U all. teristimewa buat emak yang bersusah payah berkorban mendewasakan aku. Emak lah kekuatan utama untuk aku lebih tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan ini. aku menjadi manusia kerananya. AnakMak Sayang Mak.

Friday, December 01, 2006

Dugaan ---> Sedihnya tak der duit :(

minggu ni betul2 aku suffer. satu dugaan yang betul2 menduga aku. Tuhan suka bagi dugaan kepada hambanya ini. tapi redha menerimanya dengan penuh tabah dan sabar (i hope so). minggu ni poket aku kering. sekarang pun aku cuma ada 2 ringgit sahaja. itu la duit emergency yang bertahan selama seminggu ini. Asalnya ada 4 ringgit tapi dah guna buat tambang bas untuk gi kelas. jadi untuk maintainkan duit tu, aku menggunakan alternatif berpuasa untuk mengelak daripada berbelanja.
tis week pun MCAD course dah start. suppose tis course will be taken next semester tapi aku apply nak buat awal. so, next sem tak payah la aku nak attend for tis course. The class begin from 9 am to 5 pm. satu lagi pengorbanan yang perlu aku buat. walaupun sekarang semester break tapi aku tak bercuti. dalam masa yang sama aku perlukan duit untuk menyara keperluan diri. aku bukannya ade sponsor tetap. jadi terpaksa la dalam masa yang sama, aku mengambil inisiatif untuk bekerja. jangan tanya sama ada penat atau tidak. sebab jawapannya semestinya PENAT SANGAT. tapi ape nak buat, tis is the only choice that i have.
sebelah pagi aku gi course, then at 7pm to 11pm, i'll be working. sehari kerja 4 jam. berape sangat la aku dapat. tapi cukup la untuk bayar sewa rumah dan bil-bil. duit belanja, pandai2 la aku cari alternatif lain. selagi tak de duit. selagi itulah aku akan berpuasa. nasib baik aku bekerja. so tak terasa sangat la nafsu makan tu. bila aku kerja, jimat duit sebab aku buka puasa kat tempat kerja. tapi bila buat macam ni. kesian plak aku kat perut aku sebab tak diisi dengan makanan yang berkhasiat. as i mention before, ape nak buat. tis is the only choice that i have. Nama nak minta duit kat mak tak akan sekali2. malas aku nak menyusahkan mak. kalau la dia tahu yang anak dia ni tak makan mesti dia risau. tapi aku takkan bagi tau dia la.
Onee cakap, kalau dia berada kat tempat aku, dia takkan amik MCAD course ni. dia akan guna semester break ni untuk bekerja since dalam keadaan yang tak berduit ni. tapi peluang nak amik course ni bukannya senang nak dapat. kalau amik kat luar mahal tuh. so, when i got the chance it's better for me to grab it right?. walau apa pun decision yang kita buat semestinya memerlukan pengorbanan. tak kira la apa bentuk pengorbanan itu. aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa aku sedang diuji. jadi aku harap aku dapat tempuh ujian ini.
bila pikir2 balik, susahnya kalau tak berduit. tapi duit bukan segalanya. ape2 pun aku pasrah dengan ketentuanNya dan terima dugaan ini dengan redha.

Thursday, November 16, 2006

Event Assistant

semalam aku pergi interview kat protemp untuk post event assistant. event tu akan berlangsung 6-8 dec nanti kat KLCC Convention Center. Event besar gak la. saje je nak tukar angin, nak cari pengalaman dan berada dalam event yang besar dan formal. lagi pun aku suka kerja yang melibatkan dengan orang ramai. requirement untuk job tu boleh bertutur dalam bahasa inggeris. aku tau la tahap english aku. not enough good tapi aku masih boleh bertutur dalam bahasa inggeris. tak cuba tak tau. kalau dapat job ni, bermakna aku mencabar diri aku sendiri dalam membina keyakinan diri untuk bertutur dan memperbaiki pertuturan aku.

Wednesday, November 08, 2006

paper 662 yang membunuh

petang ni paper its662. ni la paper yang paling aku taku nak jawab. since this is core paper and also carry for proposal paper, memang aku kene buat betul2 la. tp macam mana nak buat betul2 kalau soalan pun macam nak membunuh je. mahu tertelan air liur aku dibuatnya. susahnye. soalan tak banyak tapi markah untuk setiap soalan semuanya banyak2. susah la nak score. ade 1 soalan tu, 25 markah aku tak jawab langsung. bukannya aku tak belajar. tp soalan tu yg buat aku macam tak belajar. kalau aku lulus paper ni memang satu keajaiban la. tak payah la score, lulus pun jadi la. kalau aku repeat paper ni nampaknye aku kene extend 2 semester la. aku x nak extend. kalau fail aku kene cari tajuk lain untuk thesis aku lagi. banyak keje. bazir masa. dah la aku dah excited nak buat tajuk yg aku propose sekarang ni. harap2 dilembutkan hati en. izham supaya bg lulus kat aku. aku nak cepat2 habis study. dah tak sanggup dah ni.
petang tadi mak ade call lepas paper td. aku bagi tau la yang aku tak boleh buat. aku bagi tau kalau aku fail kene extend 2 sem lagi. dengar suara emak, macam sayu je bunyinye. tapi mak masih bagi sokongan pada aku. dia tanya sama ada aku sanggup untuk teruskan belajar atau tidak. hmmm, mesti lah aku akan teruskan sebab tinggal paper ni je yg menjadi kegerunan aku. paper lain dah clear. kesian kat mak akku. bila la emak nak rasa hasil titik peluh aku. aku dah cuba yang terbaik. seboleh-bolehnya aku tak nak hampakan emak. dan aku harap aku takkan hampakannya.
doa-doakanlah aku lepas paper ni.

Sunday, November 05, 2006

MARAH

kenapa orang lain boleh suka2 hati marah, suka2 hati tengking menegking. kenape aku tak boleh marah macam mana orang lain marah kat aku. kenape bila aku marah kat seseorang aku, aku hanya mampu berdiam dan menangis sendirian? hati aku menjerit-jerit dan meronta-ronta mahu melemparkan kemarahan. tapi aku tak mampu. Eeeee... menyampahnya aku. geramnye. aku pun nak marah jugak. tapi kenape tak boleh? kadang2 kemarahan aku terbawa2 sampai ke mimpi. kat dalam mimpi tu aku akan marah orang tu teruk2. sepuas-puas hati aku.
macam malam ni. aku cuma tanya sikit je kat E**h, sape suruh dia tak jawab pertanyaan aku. so aku tanya dan tanya lah lagi. lepas tu suka2 hati je marah aku. ape salah aku. jangan lah tengking aku. dah la aku ni sensitif orangnya. aku tak pernah nak marah atau tengking dia macam tu.
kenapa semua orang buat aku macam ni? selalu je aku menangis sendirian tentang hal ini.

Saturday, November 04, 2006

deman EXAM dah bermula

patang tadi, lepas la 1 paper. actually, detik2 aku nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan. aku tiba2 hilang keyakinan. rasa macam tak nak jawab exam. takut tak boleh jawab. bukannya tak study. tp dah macam2 aku baca, jadi semua pun dah bercampur aduk. aku betul2 lost confident. tak bersemangat langsung. tiba2 aku terkenang ketika zaman persekolahan aku. kenape aku tak boleh jadi macam dulu. pandai macam dulu. sekarang kalau study pun lambat je masuk. 15 minit yg pertama setelah masuk dewan, aku bertafakur seketika. dalam tempoh tu, macam2 yang aku fikir. semua jalan ada di depanku. aku yang memilih untuk berjaya atau gagal. dah bertahun-tahun aku menuntut. sanggupkah aku untuk musnahkannya. mak pula sepenuhnya mengharapkan kejayaan aku. takkan aku nak menghampakannya. dalam tempoh tu juga. setan terlalu jahat bermain-main dimata aku. terasa mengantuk sangat. sempat jugak la tido sekejap. tetapi selepas aku sedar, idea tiba2 datang mencurah2. aku meneruskan perjuangan. 2.45 minit yang ada aku manfaatkan sebaik2nya. dan akhirnya aku menjawab kesemua soalan. tapi tak pasti sama ada betul atau tidak. harap2 perkara sebegini tidak berlaku lagi for the next paper. GAMBATE

Thursday, October 26, 2006

Syawal Telah Menjelma

3 Syawal, bermakna hari ni merupakan hari ke-3 kita umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. tahun ni aku menyambutnya secara ala kadar je. raya pertama pun aku masih boleh bekerja. tapi aku sempat berkumpul bersama family dan bemaaf2an di pagi raya. tak boleh nak terlalu bergembira raya tahun ni. macam2 tak lepas lagi. sedangkan FINAL EXAM sedang menunggu lepas raya nanti. terasa juga bila ada kawan2 yang kata aku ni gila kerja. sebab raya pertama pun aku masih boleh bekerja. tapi mereka tak faham apa yang aku rasa. apa yang aku simpan dalam hati. mereka tak tanggung apa yang aku sedang tanggung ini. hanya diri ini sahaja yang tahu...
aku tahu, memang seronok untuk menantikan kedatangan Syawal. bukan aku bermaksud Syawal itu tidak bermakna padaku. tapi susah aku nak tafsirkannya. kadang2 aku rasakan Syawal tu sama sahaja dengan hari2 yang lain. cuma, pagi syawal itu aku akan menemankan emak aku utk sembahyang raya, pergi menziarahi kubur dan bermaaf2an. tambahan pula. untuk menjaga hati emak yag dikasihi. maka pagi raya hari itu aku tetap berada disampingnya. cuma tak dapat nak temankan dia pergi sembahyang raya sebab aku terlalu penat setelah sehari suntuk buat kuih tart nenas. lagi satu, aku tak de kampung macam org lain. mungkin kurang la kemeriahannya.

Tapi, jauh dilubuk hati ini, aku menunggu sesuatu yang sangat istimewa untuk Syawal yang akan datang. Aku harap aku akan merasai jua kemeriahannya. akan aku nantikan kedatangannya.
untuk Insan yang kucintai, semoga dikau gembira bersama keluargamu. Diri ini terlalu merinduimu, menyayangimu. aku impikan untuk beraya bersamamu suatu hari nanti.
"SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI"

Sunday, October 08, 2006

Sampai Menutup Mata

Memang aku menyayangi dirinya. hanya dia yang bertakhta di hatiku. aku mahu dia memiliki sepenuhnya hati ini. Namun, aku masih belum mampu untuk memberi seluruh hatiku kepadanya. Kerna diri ini masih menanti "sesuatu" darinya. terlalu banyak yang ingin aku ceritakan kepadanya, terlalu banyak perkara ingin aku kongsikan bersamanya. Namun, sejauh manakah perasaan dia kepada aku? jujurkan dirinya kepadaku?

"Sampai Menutup Mata"

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Tuesday, September 19, 2006

Masih Belum Pasti Lagi

apakah jawapan kepada penantian aku selama ini? inikah jawapannya? adakah ini semua berlaku hanya kerana aku inginkannya? ya, memang aku sayangkan DIA, aku ingin memiliki diri dan hatiNYA. apakah hubungan yang baru terjalin ini hanya kerana dia kesiankan aku atau hanya mahu memenuhi keinginan aku sahaja? semua ini bermain difikiran aku. ingin saja aku tanyakan saja padanya. tapi aku tak mampu bila masa aku berdepan dengannya.... masih belum pasti lagi.