Thursday, December 28, 2006

Hati ini hampa

Aku fikir mahu berjumpa dengan DIA selepas dia habis bekerja untuk melepaskan rindu dihati ini. Biarlah walaupun sekejap asalkan dapat berjumpa. Inilah peluang aku untuk berjumpa dengan DIA sementara aku dalam bercuti. Lagipun hujung minggu nanti DIA balik kampung. Nanti bila aku sudah dah mula kuliah dan kerja, pasti susah nak jumpa. Tapi DIA enggan. Alasannya penat dan tiada duit. Lagi alasannya, mahu hantar kawan ke KLIA, kalau jumpa nanti kelam kabut. Kalau penat, rehat saja di rumah. Betul tak? Kalau dia tiada duit sekali pun apa salahnya keluar bersama kerana bila aku sendiri yang ajak pastinya aku sudah membuat peruntukan untuk itu. Setakat keluar dan makan-makan ada la sedikit memandangkan aku pun masih seorang penuntut. Masih tidak mampu untuk berbelanja besar. DIA juga harus tahu, aku berkawan dengannya bukan kerana wang, harta, pangkat atau darjat. Aku ikhlas dengan DIA.

Hati ini hampa. Hati ini sebenarnya merajuk dengan DIA. Tapi aku sudah berjanji pada diri aku yang aku akan cuba untuk memahami diri DIA selagi aku mampu.

Inilah nasib kalau kita sayang DIA lebih daripada DIA sayang kita. Aku harap suatu hari nanti aku boleh lihat cinta dihati DIA untuk diriku.

Hati ini sebenarnya tertanya2, ikhlaskah DIA menyayangi diri aku? Jujurkah DIA pada kata-katanya bila mengatakan “HE LOVES ME”?

Tuesday, December 26, 2006

Kesal

kenapa perasaan kesal itu perlu wujud dalam diri manusia? terlalu banyak perkara yang aku kesalkan dalam hidup ini. aku rasa, terlalu banyak peluang yang diberikan padaku. tapi aku tak pernah ambil peluang itu dan gunakannya dengan baik. diriku dikawal emosi.

terlalu besar pengorbanan emak membesarkan aku. mendidik aku supaya menjadi manusia yang berguna. aku harap aku dapat membalas jasanya. aku harap agar aku dapat menjadi seorang manusia yang hebat, dan buat emak berbangga dengan pencapaian aku. tapi semuanya sudah terlambat dan aku masih tercari-cari arah tujuku. jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekolahku, jauh telah ku ditinggalkan walaupun satu ketika dahulu aku sentiasa menjadi pesaing dan memintas mereka. malah akan aku pastikan diriku melakukan lebih baik dari mereka kerana aku hanya mahu yang terbaik. tapi semuanya sudah berubah apabila aku melangkah ke alam universiti. aku seolah-olah kurang sokongan. mudah sangat putus asa, jatuh semangat dan keyakinan terhadap diri sendiri juga sudah berkurang. kalau dulu aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang aku mahukan. tapi sekarang, kalau tak dapat tu, dah la. senang sangat menyerah, terima sahaja apa yang ada.

apabila toleh 5 tahun kebelakang, kalaulah aku betul2 mengambil peluang yang ada. mengguna sebagaimana yang sepatutnya pasti aku tidak akan kesal begini. mesti aku boleh menjadi manusia yang hebat, anak yang boleh dibanggakan. tak perlu 5 tahun kebelakang, sepatutnya aku sudah sedar yang aku telah mensia2kan masa diploma aku dan apabila aku mendapat peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda, aku seharusnya mengambil peluang itu. tapi sekali lagi aku mensia2kannya. rasa seronok bila dengar kawan2 mendapat keputusan peperiksaan yang baik setiap semester. tapi lebih seronok kalau aku yang mendapat keputusan yang baik itu. bukan aku tak boleh lakukannya tapi aku sering lalai dan leka. aku akui kesilapan itu. tiada apa yang nak dikesalkan, sekarang aku tinggal satu semester lagi untuk menamatkan pengajian aku dan aku harus terima apa yang aku lakukan dan usaha untuk sepanjang 2 1/2 tahun pengajian aku. aku harap aku punya kekuatan untuk menamatkan pengajian ku ini.

Tuesday, December 19, 2006

Perempuan Itu, akalnya letak dimana?

lewat 3 malam lepas aku didatangi oleh satu panggilan yang boleh aku jangkakan. aku kenal pemanggil itu, dan tanpa memberi salam terus menyerang aku. marahkan aku kerana mengajak teman lelakinya keluar. Ya, perempuan mana yang tak marah kalau teman lelakinya keluar dengan perempuan lain. tetapi perempuan itu sepatutnya sedia maklum bahawa aku hanya berkawan baik dengan teman lelakinya. malah kami sememangnya sudah baik sejak sebelum kawan aku ber"couple" dengan perempuan itu. perempuan itu sepatutnya juga sedia maklum bahawa aku tidak mungkin akan keluar berdua sahaja dengan teman lelakinya,W** kerana aku sendiri sudah mempunyai teman. terasa maruah aku diletakkan dibawah telapak
kakinya bila dikatakan tiada lelaki lainkah untuk aku ajak keluar selain teman lelakinya. lagipun aku mengajak W** keluar bukan untuk suka2 tetapi kerana ada masalah yang perlu diselesaikan. perempuan itu juga sepatutnya sedia maklum bahawa ini bukan pertama kali aku keluar dengan teman lelakinya malah perempuan itu juga pernah turut keluar bersama kami lepak di kedai mamak mahupun menonton wayang. malah pernah bergembira bersama. tidak pernah lebih hanya sekadar kawan. Bukan perkara asing sepatutnya.
perkara yang tidak masuk akal, apabila aku dituduh suka pada teman lelakinya. mana mungkin aku boleh suka pada W** kerana hati ini hanya untuk DIA dan W** tidak boleh dibandingkan dengan DIA. perempuan itu terus menerus menyerang aku seperti perempuan gila. is it possible for me to ask permission from her kalau nak ajak kawan baik aku sendiri keluar?. aku sedar perempuan itu sedang marah kerana cakapnya pun tidak tentu arah, jadi aku tidak mahu menaikkan lagi kemarahannya dan aku cuba meletakkan diri aku setenang yang mungkin ketika membalas kata2nya.
daripada kes ini, ada beberapa perkara yang aku kesalkan. satu, kerana marahkan aku mengajak teman lelakinya keluar dan perasaan cemburunya yang tak bertempat, dia lupa akan persahabatan yang dihulurkannya kepada aku. kami saling mengenali dan aku pernah penjadi tempat luahannya tatkala mengkhuatiri kesetiaan teman lelakinya itu. perempuan itu tidak pernah tahu bahawa aku pernah berada dipihaknya apabila teman lelakinya dalam dilema untuk membuat pilihan untuk memilih sama ada bekas teman wanitanya atau perempuan itu untuk menjadi kekasihnya. akhirnya W** memilih untuk terus setia bersama perempuan itu. Hanya kerana perempuan itu, aku tidak boleh berkawan rapat dengan W** sebagai mana di awal perkenalan kami. Ketika itu W** belum ber'couple' dengan perempuan itu.
aku malas untuk menyaratkan kepala otak aku dengan perkara remeh temeh begini. Biarkan ia datang tak berjemput, singgah sebentar dikepala aku dan kemudian ku campakkan ianya jauh2. Aku dengan keputusan aku, memilih untuk tidak mahu mengenali perempuan itu lagi dan perempuan itu ku anggap tidak pernah aku kenali kerana perempuan itu tidak layak untuk berkawan dengan aku setelah perempuan itu melayan aku sebegini rupa. sikit pun tidak menjejaskan kehidupan aku bila ku buang dia dari hidup aku. semua gambar, mahupun no telefonnya telah aku padam. aku tidak redha diriku difitnah oleh perempuan itu. Dan W**, mulai saat ini, kita hanya rakan sekerja, tiada lagi ketawa, tiada lagi gurauan. walaupun sebelum insiden ini aku berjanji untuk memperbaiki persahabatan kita, kini aku rasa lebih baik aku berdiam diri sahaja. tapi aku tak pernah lupa yang kita pernah berkawan baik suatu ketika dulu. Kuharapkan, jika itulah perempuan yang engkau pilih untuk hidup dengan kau, itu hak kau. tapi pastikan engkau yang akan menguasai perempuan itu dan bukan sebaliknya kerana engkau adalah lelaki.

Sunday, December 17, 2006

Kisah 3 sekawan

Persahabatan mula terjalin masa mula aku menjejakkan kaki aku di pizza hut di mana tempat aku bekerja sekarang. W**, insan yang membuat aku tidak kekok untuk bekerja di tempat baru. Dialah yang banyak mengajar aku kerja-kerja disitu. Sikit pun tak sombong walaupun dia merupakan staff lama disitu. Banyak juga cerita2 yang aku kongsi dengannya. Dia seorang pendengar yang baik.
D*v*n pula, pernah manaruh minat pada aku. Banyak perkara yang pernah dia lakukan untuk menarik hati aku. Walaupun aku menolak dirinya tapi aku tetap menghargai semua yang dia lakukan untuk aku. Tak masuk dek akal untuk menjalinkan hubungan dengannya. Tapi dia sangat baik. Banyak membantu aku sewaktu aku susah suatu ketika dulu. Aku juga ada mention pada dia, kalau mahu terus berkawan dengan aku, jangan sesekali menyimpan perasaan padaku. Walaupun setelah mendengar pengakuan beraninya, aku tetap melayan dia seperti biasa.
Aku memang rapat dengan W**, dan masa yang sama juga aku rapat dengan D*v*n. Semakin hari hubungan kami makin rapat. Dulu, selalu lepak sama2. biasanya D*v*n yang akan ajak keluar. Boleh dikatakan hampir setiap malam kitaorang lepak sama2. walaupun itu satu helah d*v*n untuk berjumpa dengan aku. Selalunya kitaorang mesti lepak kat kedai mamak Darul Ehsan area rumah aku. Kalau dapat duit gaji kitaorang akan tengok wayang sama2. dalam masa beberapa bulan ni banyak juga perkara yang dilakukan bersama2.
Tapi, sejak kebelakangan ini, d*v*n banyak berubah. Kadang2 perlakuan dia semacam mahu menyakitkan hati aku. Dia umpama sudah melupakan kata2nya dulu. Aku rasa aku sudah melunaskan janji2 aku. Senangnya dia berubah? Apa yang menyebabkan dia berubah? Aku sendiri masih mencari jawapannya. Dia dah tak ajak lepak, tak kirim sms pada aku. He even don’t care about me anymore. Disebabkan perubahan itu juga, aku menjadi sangat kecil hati walaupun sebelum ini aku tak kisah kalau dia bergurau dengan aku. Cepat sangat nak merajuk. Mungkin dia dah bosan untuk memujuk aku lagi. Jadi aku dia biarkan.
Insiden semalam lebih merunsingkan aku, bila W** merajuk dengan aku. Sampai hari ni pun dia tak menegur aku dan juga membalas kiriman sms aku. Betul2 merajuk nampaknya.sebelum d*v*n masuk keje semalam, semuanya ok. Tapi bila dia masuk keje, dia buat aku sakit hati. Malam ini ada juga aku mengajak diorang lepak bersama2. tapi dia enggan. Aku harap bila lepak malam ni. Semuanya akan terlerai. Tapi akhirnya aku sendiri yang hampa. Aku sangat sayang kan diaorang dan juga persahabatan ini. Diaorang la penceria hidup aku. Selalu buat aku ketawa bila aku sedih. Salah satu sebab kenapa aku suka pergi keje. Silap aku juga, selalu mengikut perasaan. Aku tak nak hubungan ini musnah seperti mana persahabtan aku dengan Kat. Cukup la sekali ia terjadi. Jangan jadi untuk kali kedua. Dek kerana salah faham, terlalu banyak prasangkan dan menyimpan perasaan, akhirnya semuanya musnah. Aku mahu belajar dari pengalaman itu. Aku akan cuba untuk menyelamatkan persahabatan ini.


sms aku kepada W** dan D*v*n -->17 dec06, 02:24

"I don't want to loose both of u, coz u too are my fren that alway make me happy. don't ruin this frienship coz i missed the time we've been together. Don't leave me behind. Plz"


Sunday, December 10, 2006

Tak Seperti Dahulu

aku pun tak pasti sama ada aku yang sudah berubah atau orang lain yang dah berubah ataupun keadaan sekeliling yang berubah. tapi yang pasti semuanya tak seperti dulu. antara aku dengan kak z*** seolah2 ada jurang yang memisahkan aku dan dia. Dulu kitaorang rapat. ingat lagi saat mula2 aku mengenalinya ketika belajar di Dungun dahulu. dia merupakan kawan sekelas aku. sebelum kehadirannya, aku sentiasa bersendirian pergi dan balik kelas. sehingga roommate aku menegur aku agar mencari kawan. tapi aku tidak bersendirian lagi sejak kehadiran kak z***. dia bukan sekadar kawan tapi aku amat menghormati dirinya yang aku angggap seperti kakak aku sendiri. mengenalinya dirinya menghasilkan aku yang sekarang ini. berkawan dengannya mengajar aku untuk membataskan diri dalam pergaulan. berkawan dengan dia mengajar aku untuk bersederhana. berkawan dengannya juga mengajar aku untuk mendahulukan apa yang sepatutnya didahulukan. dan dia juga mengingat aku bahawa "tidak semua yang kita nak, kita akan dapat". semuanya aku belajar dalam tempoh 5 tahun perkenalan itu. dia juga tempat aku luahkan segala-galanya. tak kira cerita sedih ataupun gembira, aku mesti nak kongsi bersamanya. lagi 1, aku memang tak boleh nak menipu dengan kak z***. kalau aku tipu pun mesti aku akan beritahu dia akhirnya. itulah kelemahan aku kalau berhadapan dengannya. senang cerita memang tak ada rahsia antara aku dengan dia.

tapi itu dulu... sekarang semua dah lain. seperti yang aku katakan, antara aku dan dia seperti ada jurang yang menjauhkan kami. dekat tapi jauh. memang perangai semulajadi aku, aku mudah rasa cemburu kalau ada orang lain yang merapati kawan baik aku. tapi mengikut usia yang semakin meningkat, aku cuba untuk mengawal perasaan itu. sebab itu lah kalau ada orang yang rapat dengan kak z***, aku tak kisah asalkan akak masih melayan aku seperti biasa. macam akak rapat dengan aini, aku tak kisah sebabnya dia masih layan aku macam biasa. tapi sekarang bila dia rapat dengan E**h, dia tak macam dulu. aku rasa apa yang aku buat semuanya serba tak kena. seolah2 apa yang aku buat semuanya dia tak berkenan. tapi kalau E**h tu, apa2 pun akak layankan aja. aku terasa e**h perlahan-lahan mengambil akak jauh daripada aku. Akak sekarang ni, jarang nak bercerita dengan aku. kalau dulu apa2 pun dia akan kongsi dengan aku. sekarang, sikit2 e**h. memang aku terasa sangat. akak dah tak pedulikan aku. Aku cuba untuk berfikiran positif dengan keadaan ini. Semester ini akak tertekan dengan thesis dan mungkin keadaan aku yang jarang berada dirumah menyebabkan akak semakin rapat dengan e**h. tapi lama kelamaan aku semakin terasa bukan sebab itu akan perubahan itu. Sekarang ini pun bila aku berada dirumah akak jarang sangat berborak dengan aku. Akak dah jarang menegur kesilapan aku sebaliknya akak lebih banyak mengejek mempersendakannya. Sekali sekala boleh aku anggapkannya sebagai gurauan tapi bila selalu diperkatakan, hati aku terasa.

Bila aku berhadapan dengan keadaan ini. Biasanya aku akan membawa diri. Aku akan cuba lakukan apa saja yang boleh melarikan fikiran aku daripada memikirkan perkara ini. Sebab itu aku lebih banyak menghabiskan masa aku untuk bekerja berbanding duduk dirumah. Kalau duduk dirumah lebih menyakitkan hati. Kenapa semua ini terjadi? aku tak mampu nak luahkan kepada sesiapa.

Thursday, December 07, 2006

Happy Birthday to Me

Hari ni genap lah aku 23 tahun. tiada apa yang nak dibanggakan dengan tarikh kelahiran aku. sebab terlalu banyak keperitan, kesedihan, penghinaan pada tarikh itu. kalau boleh biarlah tarikh itu tak pernah wujud dan dengan itu, aku turut tidak wujud di dunia ini. walau macam mana pun aku kene redha dengan ketentuanNYA. Bila sudah hidup di muka bumi ini dengan pelbagai dugaan dariNYA, timbul pula satu keinginan untuk mengecapi kebahagian. itu saja yang aku inginkan. sebab itu aku masih kuat untuk teruskan hidup. aku harapkan agar ada sinar kebahagian untuk aku nanti.
actually, aku kecik hati sangat dengan DIA. aku harapkan tepat 12 malam ini DIA akan telefon untuk ucapkan selamat hari jadi aku. tapi aku hanya terima sms dari dia. tu pun ntah sms keberape ntah. aku tak nak lah jadi perempuan yang cerewet sangat. tapi kita mesti harapkan org yang kita sayang wish kat kita. mestilah kita nak kongsi hari istimewa tu dengan insan yang kita sayang. itu pun mesti reminder dia yang ingatkan dia. memang kecewa sangat dengan DIA. aku tak reply pun sms DIA. lain yang aku harapkan, lain yang jadi.
walau apa pun, terima kasih sangat2 kepada kawan2 yang wish kat aku. i'm really appreciate that. I LOVE U all. teristimewa buat emak yang bersusah payah berkorban mendewasakan aku. Emak lah kekuatan utama untuk aku lebih tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan ini. aku menjadi manusia kerananya. AnakMak Sayang Mak.

Friday, December 01, 2006

Dugaan ---> Sedihnya tak der duit :(

minggu ni betul2 aku suffer. satu dugaan yang betul2 menduga aku. Tuhan suka bagi dugaan kepada hambanya ini. tapi redha menerimanya dengan penuh tabah dan sabar (i hope so). minggu ni poket aku kering. sekarang pun aku cuma ada 2 ringgit sahaja. itu la duit emergency yang bertahan selama seminggu ini. Asalnya ada 4 ringgit tapi dah guna buat tambang bas untuk gi kelas. jadi untuk maintainkan duit tu, aku menggunakan alternatif berpuasa untuk mengelak daripada berbelanja.
tis week pun MCAD course dah start. suppose tis course will be taken next semester tapi aku apply nak buat awal. so, next sem tak payah la aku nak attend for tis course. The class begin from 9 am to 5 pm. satu lagi pengorbanan yang perlu aku buat. walaupun sekarang semester break tapi aku tak bercuti. dalam masa yang sama aku perlukan duit untuk menyara keperluan diri. aku bukannya ade sponsor tetap. jadi terpaksa la dalam masa yang sama, aku mengambil inisiatif untuk bekerja. jangan tanya sama ada penat atau tidak. sebab jawapannya semestinya PENAT SANGAT. tapi ape nak buat, tis is the only choice that i have.
sebelah pagi aku gi course, then at 7pm to 11pm, i'll be working. sehari kerja 4 jam. berape sangat la aku dapat. tapi cukup la untuk bayar sewa rumah dan bil-bil. duit belanja, pandai2 la aku cari alternatif lain. selagi tak de duit. selagi itulah aku akan berpuasa. nasib baik aku bekerja. so tak terasa sangat la nafsu makan tu. bila aku kerja, jimat duit sebab aku buka puasa kat tempat kerja. tapi bila buat macam ni. kesian plak aku kat perut aku sebab tak diisi dengan makanan yang berkhasiat. as i mention before, ape nak buat. tis is the only choice that i have. Nama nak minta duit kat mak tak akan sekali2. malas aku nak menyusahkan mak. kalau la dia tahu yang anak dia ni tak makan mesti dia risau. tapi aku takkan bagi tau dia la.
Onee cakap, kalau dia berada kat tempat aku, dia takkan amik MCAD course ni. dia akan guna semester break ni untuk bekerja since dalam keadaan yang tak berduit ni. tapi peluang nak amik course ni bukannya senang nak dapat. kalau amik kat luar mahal tuh. so, when i got the chance it's better for me to grab it right?. walau apa pun decision yang kita buat semestinya memerlukan pengorbanan. tak kira la apa bentuk pengorbanan itu. aku sentiasa ingatkan diri aku bahawa aku sedang diuji. jadi aku harap aku dapat tempuh ujian ini.
bila pikir2 balik, susahnya kalau tak berduit. tapi duit bukan segalanya. ape2 pun aku pasrah dengan ketentuanNya dan terima dugaan ini dengan redha.

Thursday, November 16, 2006

Event Assistant

semalam aku pergi interview kat protemp untuk post event assistant. event tu akan berlangsung 6-8 dec nanti kat KLCC Convention Center. Event besar gak la. saje je nak tukar angin, nak cari pengalaman dan berada dalam event yang besar dan formal. lagi pun aku suka kerja yang melibatkan dengan orang ramai. requirement untuk job tu boleh bertutur dalam bahasa inggeris. aku tau la tahap english aku. not enough good tapi aku masih boleh bertutur dalam bahasa inggeris. tak cuba tak tau. kalau dapat job ni, bermakna aku mencabar diri aku sendiri dalam membina keyakinan diri untuk bertutur dan memperbaiki pertuturan aku.

Wednesday, November 08, 2006

paper 662 yang membunuh

petang ni paper its662. ni la paper yang paling aku taku nak jawab. since this is core paper and also carry for proposal paper, memang aku kene buat betul2 la. tp macam mana nak buat betul2 kalau soalan pun macam nak membunuh je. mahu tertelan air liur aku dibuatnya. susahnye. soalan tak banyak tapi markah untuk setiap soalan semuanya banyak2. susah la nak score. ade 1 soalan tu, 25 markah aku tak jawab langsung. bukannya aku tak belajar. tp soalan tu yg buat aku macam tak belajar. kalau aku lulus paper ni memang satu keajaiban la. tak payah la score, lulus pun jadi la. kalau aku repeat paper ni nampaknye aku kene extend 2 semester la. aku x nak extend. kalau fail aku kene cari tajuk lain untuk thesis aku lagi. banyak keje. bazir masa. dah la aku dah excited nak buat tajuk yg aku propose sekarang ni. harap2 dilembutkan hati en. izham supaya bg lulus kat aku. aku nak cepat2 habis study. dah tak sanggup dah ni.
petang tadi mak ade call lepas paper td. aku bagi tau la yang aku tak boleh buat. aku bagi tau kalau aku fail kene extend 2 sem lagi. dengar suara emak, macam sayu je bunyinye. tapi mak masih bagi sokongan pada aku. dia tanya sama ada aku sanggup untuk teruskan belajar atau tidak. hmmm, mesti lah aku akan teruskan sebab tinggal paper ni je yg menjadi kegerunan aku. paper lain dah clear. kesian kat mak akku. bila la emak nak rasa hasil titik peluh aku. aku dah cuba yang terbaik. seboleh-bolehnya aku tak nak hampakan emak. dan aku harap aku takkan hampakannya.
doa-doakanlah aku lepas paper ni.

Sunday, November 05, 2006

MARAH

kenapa orang lain boleh suka2 hati marah, suka2 hati tengking menegking. kenape aku tak boleh marah macam mana orang lain marah kat aku. kenape bila aku marah kat seseorang aku, aku hanya mampu berdiam dan menangis sendirian? hati aku menjerit-jerit dan meronta-ronta mahu melemparkan kemarahan. tapi aku tak mampu. Eeeee... menyampahnya aku. geramnye. aku pun nak marah jugak. tapi kenape tak boleh? kadang2 kemarahan aku terbawa2 sampai ke mimpi. kat dalam mimpi tu aku akan marah orang tu teruk2. sepuas-puas hati aku.
macam malam ni. aku cuma tanya sikit je kat E**h, sape suruh dia tak jawab pertanyaan aku. so aku tanya dan tanya lah lagi. lepas tu suka2 hati je marah aku. ape salah aku. jangan lah tengking aku. dah la aku ni sensitif orangnya. aku tak pernah nak marah atau tengking dia macam tu.
kenapa semua orang buat aku macam ni? selalu je aku menangis sendirian tentang hal ini.

Saturday, November 04, 2006

deman EXAM dah bermula

patang tadi, lepas la 1 paper. actually, detik2 aku nak melangkah masuk ke dewan peperiksaan. aku tiba2 hilang keyakinan. rasa macam tak nak jawab exam. takut tak boleh jawab. bukannya tak study. tp dah macam2 aku baca, jadi semua pun dah bercampur aduk. aku betul2 lost confident. tak bersemangat langsung. tiba2 aku terkenang ketika zaman persekolahan aku. kenape aku tak boleh jadi macam dulu. pandai macam dulu. sekarang kalau study pun lambat je masuk. 15 minit yg pertama setelah masuk dewan, aku bertafakur seketika. dalam tempoh tu, macam2 yang aku fikir. semua jalan ada di depanku. aku yang memilih untuk berjaya atau gagal. dah bertahun-tahun aku menuntut. sanggupkah aku untuk musnahkannya. mak pula sepenuhnya mengharapkan kejayaan aku. takkan aku nak menghampakannya. dalam tempoh tu juga. setan terlalu jahat bermain-main dimata aku. terasa mengantuk sangat. sempat jugak la tido sekejap. tetapi selepas aku sedar, idea tiba2 datang mencurah2. aku meneruskan perjuangan. 2.45 minit yang ada aku manfaatkan sebaik2nya. dan akhirnya aku menjawab kesemua soalan. tapi tak pasti sama ada betul atau tidak. harap2 perkara sebegini tidak berlaku lagi for the next paper. GAMBATE

Thursday, October 26, 2006

Syawal Telah Menjelma

3 Syawal, bermakna hari ni merupakan hari ke-3 kita umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri. tahun ni aku menyambutnya secara ala kadar je. raya pertama pun aku masih boleh bekerja. tapi aku sempat berkumpul bersama family dan bemaaf2an di pagi raya. tak boleh nak terlalu bergembira raya tahun ni. macam2 tak lepas lagi. sedangkan FINAL EXAM sedang menunggu lepas raya nanti. terasa juga bila ada kawan2 yang kata aku ni gila kerja. sebab raya pertama pun aku masih boleh bekerja. tapi mereka tak faham apa yang aku rasa. apa yang aku simpan dalam hati. mereka tak tanggung apa yang aku sedang tanggung ini. hanya diri ini sahaja yang tahu...
aku tahu, memang seronok untuk menantikan kedatangan Syawal. bukan aku bermaksud Syawal itu tidak bermakna padaku. tapi susah aku nak tafsirkannya. kadang2 aku rasakan Syawal tu sama sahaja dengan hari2 yang lain. cuma, pagi syawal itu aku akan menemankan emak aku utk sembahyang raya, pergi menziarahi kubur dan bermaaf2an. tambahan pula. untuk menjaga hati emak yag dikasihi. maka pagi raya hari itu aku tetap berada disampingnya. cuma tak dapat nak temankan dia pergi sembahyang raya sebab aku terlalu penat setelah sehari suntuk buat kuih tart nenas. lagi satu, aku tak de kampung macam org lain. mungkin kurang la kemeriahannya.

Tapi, jauh dilubuk hati ini, aku menunggu sesuatu yang sangat istimewa untuk Syawal yang akan datang. Aku harap aku akan merasai jua kemeriahannya. akan aku nantikan kedatangannya.
untuk Insan yang kucintai, semoga dikau gembira bersama keluargamu. Diri ini terlalu merinduimu, menyayangimu. aku impikan untuk beraya bersamamu suatu hari nanti.
"SELAMAT HARI RAYA AILDILFITRI"

Sunday, October 08, 2006

Sampai Menutup Mata

Memang aku menyayangi dirinya. hanya dia yang bertakhta di hatiku. aku mahu dia memiliki sepenuhnya hati ini. Namun, aku masih belum mampu untuk memberi seluruh hatiku kepadanya. Kerna diri ini masih menanti "sesuatu" darinya. terlalu banyak yang ingin aku ceritakan kepadanya, terlalu banyak perkara ingin aku kongsikan bersamanya. Namun, sejauh manakah perasaan dia kepada aku? jujurkan dirinya kepadaku?

"Sampai Menutup Mata"

Embun di pagi buta
Menebarkan bau asa
Detik demi detik ku hitung
Inikah saat ku pergi

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta

Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata

Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi

Tuesday, September 19, 2006

Masih Belum Pasti Lagi

apakah jawapan kepada penantian aku selama ini? inikah jawapannya? adakah ini semua berlaku hanya kerana aku inginkannya? ya, memang aku sayangkan DIA, aku ingin memiliki diri dan hatiNYA. apakah hubungan yang baru terjalin ini hanya kerana dia kesiankan aku atau hanya mahu memenuhi keinginan aku sahaja? semua ini bermain difikiran aku. ingin saja aku tanyakan saja padanya. tapi aku tak mampu bila masa aku berdepan dengannya.... masih belum pasti lagi.

Tuesday, August 22, 2006

Tolonglah!!!

terlalu banyak perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan ini. terlalu banyak perkara yang ingin aku lakukan. terlalu banyak perkara yang perlu aku selesaikan. ambil masa untuk itu, bagi masa untuk ini tapi.... masa untuk aku sendiri entah kemana. hidup aku kucar kacir, kepala otak aku berserabut. assignment menimbun2, nota2 semua tak kemas lagi. revision? tak payah tanya la. memang tak pernah la. kadang2 aku rasa aku tak buat ape yang sepatutnya aku buat. keutamaan diketepikan. tapi ini semua bukan keinginan aku. kenapa semua ini berlaku? aku pun belum pasti jawapannya.
"Ya Allah, bantulah aku untuk pulihkan keadaan seperti sediakala"

Saturday, July 15, 2006

Masih mood BEKERJA

dah lama tak 'post' sesuatu kat blog ni. actually aku busy sikit lately ni. penat dengan kerja, nak cari duit lebih sikit untuk memenuhi keinginan aku. minggu ni dah start kuliah, dah dapat assignment pun tapi aku masih berada dalam mood bekerja. badan aku terlalu penat jadi agak sukar untuk aku tukarkan mood bekerja kepada mood belajar. bahan2 untuk proposal pun aku tak cari lagi. idea untuk thesis aku tak mantap lagi. nak buat apa ek untuk thesis? dari sebelum cuti hingga dah tamat cuti pun aku masih belum berkesempatan berjumpa dnegan bakal supervisor aku dek kerana sibuk bekerja. aku perlukan sedikit rehat. tapi aku seronok bekerja. i enjoy with my job. hari ni masuk 4 pagi, esok pun masuk 4 pagi. sementara belum busy ngan study, aku akan amik peluang untuk cari duit lebih. aku nak belajar susah sikit, nak sara diri sendiri. dah tak nak minta duit dari mak atau sesiapa. biar rasa susah cari duit sendiri, biar rasa susah sekarang. bila dah tau betapa susahnya cari duit sendiri, baru dapat belajar untuk manage duit sendiri. walaupun aku suka bekerja dan aku masih meneruskan kerja aku, aku harap aku akan dapat untuk membahagikan masa aku antara belajar dan bekerja. and of course studying is my priority. harap2 akan ada orang yang akan ingatkan aku akan hal ini. aku harap aku takkan lupa mission hidup aku.

Tuesday, July 04, 2006

kerja 'part-time' aku

tinggal seminggu sahaja lagi, semester baru akan bermula. sepanjang cuti ini aku bekerja di pizza hut. terlalu banyak pengalaman yang aku dapat dan perkara yang aku pelajari. aku memang merancang untuk terus kerja di pizza hut, walaupun semester sudah bermula memandangkan aku hanya mengambil 4 subjek semester hadapan. tapi, bila fikir2 semula pasti aku akan menyusahkan kawan2 aku sebab terpaksa ambil aku pulang dari tempat kerja kalau aku kerja pada sebelah malam. memang menyusahkan. selain untuk mendapatkan pendapatan tambahan demi mencapai keinginan aku, dengan bekerja aku dapat melepaskan tekanan. bila masuk kerja aku akan jumpa kawan2 sekerja yang menenangkan hati. rasa lupa segala masalah yg aku fikirkan. kosong otak aku. diaorang suka buat aku ketawa. dah la aku ni emosional sikit. tapi diaorang semua best. bila bersama diaorang, aku terlupa sekejap akan masalah yang sentiasa bermain difikiran aku. boleh borak apa sahaja dengan diaorang. tak payah nak fikir pasal study. sayang sangat ngan diaorang walaupun diaorang suka sakat2 aku. kesian kat aku. dah la aku seorang je staff perempuan kat kitchen tu. rasa senang hati bila ada yang cakap aku senang dibawa bergurau. maybe sebab tu diaorang suka sakat2 aku. aku tak kisah. diaorang semua baik2 belaka. tak rasa penat pun kalau masa bekerja tapi bila balik kerja penat jugak la rasanya.

Saturday, June 24, 2006

sikitnye HOUR aku

jadual kerja untuk minggu hadapan sudah siap tapi tak publish lagi. aku tgk pun kat office. sedih aku tgk jadual aku. HOUR sikit sangat. orang lain boleh dapat keje 6-7 jam tapi aku hanya 4 jam sahaja. kenapa? teruk ke kerja aku? aku tak boleh buat kerje ke? nampaknya orang masih tak percayakan aku untuk buat kerja. sebab tu lah aku dapat hour sikit. memang kecik hati aku sebab selama aku bekerja aku tak de nak curi tulang @ mengular. aku dibayar untuk buat kerja. jadi aku akan buat kerja yang sepatutnya. apa aku dapat dengan hour 4 jam tu? nak bayar sewa rumah pun tak lepas.
apapun aku berterima kasih kepada rakan2 sekerja aku yang memujuk aku. kerana terlalu sedih, aku menangis di kitchen. mereka cuba menerangkan keadaan yang sebenarnya. jadual yang dibuat itu hanya sementara untuk ditunjukkan kepada pihak atasan. maklumlah nak cut cost. (tapi, dah tentu jadual itu yang akan digunakan, takkan la manager nak buat kerja banyak kali. banyak lagi keje lain yang diaorang nak buat).

Wednesday, June 14, 2006

esok balik umah

yeahhhh.... esok balik umah. nak jumpa emak. rindu sangat2 kat mak. aku tau, mak pun rindu kat aku, sebab dah banyak kali dia tanya bila nak balik. sayang mak kat aku. minggu ni aku mintak cuti khamis dan jumaat. aku berkira2 boleh la aku tido kat umah 3 hari. sebab esok aku opening, then terus balik umah. tapi kacau la manager aku. jumaat ni ada meeting plak. siap boleh ugut lagi tuh. kalau tak datang, tak dapat baju. hmmm.... tengok la macam mana nanti. bagi aku lepas rindu aku kat mak aku dulu ;)

Monday, June 12, 2006

Adilkah itu?

aku berseorangan sahaja di rumah ini, pada saat ini. memang aku tak boleh duduk bersendirian sebab apabila aku bersendirian, aku mesti memikirkan pelbagai perkara. saat ini aku rasa aku perlukan seseorang mendengar luahan hati aku. tapi aku tak tahu pada siapa perlu aku luahkan perasaan ini. selepas solat tadi, aku hanya mampu menangis meratapi nasib ini. hanya air mataku sahaja yang menjadi temanku dikala aku kesedihan. sentiasa setia bersamaku tidak kira suka atau duka.
tidak adilkan dunia ini? kalau dunia tidak adil, siapa pencipta dunia ini? adakah penciptanya tidak adil? ya, aku sedar dengan apa yang sedang aku katakan ini dan ia nya tak patut dipersoalkan. cuma yang aku persoalkan, adilkah semua ini berlaku kepada aku? aku masih bersedih dengan keputusan peperiksaan semester lalu. di kala kawan-kawan ku yang lain sedang beseronok dengan keputusan mereka yang amat memuaskan, aku pula terpaksa bersedih dengan keputusan yang hanya cukup makan. bukannya aku tak belajar. aku belajar. tapi kenapa ada orang lain yang tak belajar, yang suka buat sambil lewa, boleh mendapat keputusan yang baik? aku akui, mungkin anugerah Allah menjadikan dia seorang yang pandai. tapi tak berhakkah aku untuk menjadi seorang bijak pandai? mak orang lain ada berdoa untuk kejayaan dan kebahagiaan anaknya. mak aku juga sentiasa doakan aku. aku pun selalu berdoa memohon apa yang aku inginkan. tapi kenapa aku tak dapat apa yang aku doakan? tak sampaikah doa aku itu? aku cuba untuk menjadi insan yang baik, hidup dengan cara yang selamat. buat apa yang sepatutnya. aku juga ada memikirkan, apakah kesilapan dan dosa aku pada Allah sampai aku tak dapat apa yang aku inginkan? aku rasa orang lain suka2 hati buat dosa, suka2 hati buat jahat tapi apa yang diaorang inginkan, diaorang boleh dapat apa sahaja yang diingini. kenapa aku tak boleh dapat apa yang aku inginkan. kenapa aku mesti bersusah payah untuk dapatkan apa yang aku inginkan sedangkan orang lain boleh dapat senang2 je? kenapa?????
bukan baru sekarang aku persoalkan perkara ini, tapi dari dulu lagi? selalu sangat benda2 macam ni jadi pada aku. sampai bila aku harus dibelenggu dengan perkara sebegini?

"Ya Allah, tunjukkan aku jalan menuju kejayaan dan kebahagian, tunjukkan di mana silapku agar aku boleh perbetulkan kesilapan itu."

Wednesday, June 07, 2006

lega...

alhamdulillah... aku bersyukur sangat2 sebab akhirnya perhubungan aku dengan emak sudah pulih.
actually sejak dari semalam aku dah teringat kan emak. rasa bersalah memang telah lama wujud. tapi rasa rindu pasa emak yang menyebabkan aku teringatkan emak. bila teringatkan kata2 along (orang tengah antara aku dan emak), timbul penyesalan dalam diri aku. along cakap mak rindu sangat dengan aku. dia tak kisah pun aku guna duit tu cuma cuma dia risau aku ni agak boros. dia simpan duit tu pun memang untuk aku... untuk menampung kos pembelajaran aku semester hadapan. rasa sebak menghantui diri ini bila emak mengatakan segala2nya yang dilakukan hanya untuk aku.
pagi ini, aku menghubungi emak aku, terubat rasa rindu. aku memohon maaf daripadanya. sesungguhnya memang mak merindui aku, sebab dia tak putus2 bertanya, bila aku mahu pulang ke rumah. insyaallah, minggu depan aku ambil cuti 2 hari untuk balik ke rumah....
"Mak, anakmak sayang mak..."

Monday, June 05, 2006

Berani buat berani tanggung

dalam tempoh seminggu ini, kepala ku kusut. memikirkan masalah yang datang daripada diriku sendiri. tu la... orang cakap, "berani buat berani tanggung". jadinya, aku yang buat masalah, aku la yang kena selesaikan sendiri. dalam tempoh seminggu ini aku melarikan diri daripada family aku, lebih-lebih kali emakku. sudah berpuluh2 panggilan dari emakku tidak ku jawab.
memang salah aku sebab tidak bercakap benar dengan emakku. masalah ini sebenarnya boleh settle secara diam2. tapi bila alang dah bocorkan rahsia ni. tu yang kusut jadinya. geram aku dibuatnya. tak boleh simpan rahsia kerajaan betul. kecoh satu dunia. kesian kat mak. susah hati orang tua tu dibuatnya.

aku tak berani nak bercakap dengan mak. aku juga buat keputusan yang aku takkan balik ke rumah selagi aku tak langsaikan semua duit yang aku pinjam dari mak.
"emak, anakmak tak bermaksud pun nak menipu mak. anakmak cuma tak nak susahkan hati mak dan tak sanggup nak dengar leteran mak. sebab itu la anakmak taknak angkat bila mak call. nanti bila anakmak dah sedia nak bercakap dengan mak. anakmak akan call mak balik."

Wednesday, May 31, 2006

nak nasi lemak tak?

masa kat tempat keje tadi, ada seorang staff tu bertanya kepada aku, "nak nasi lemak tak?, mak saya jual nasi lemak". esok aku keje morning, sebab tu la dia offer order nasi lemak dengan dia. bukan aku tak nak, tapi bila memikirkan dia tu indian, membuatkan aku befikir 2 kali. then, aku bagi alasan yang aku tak nak nasi lemak. bukan tak suka, tapi aku tengah usaha mengawal pemakanan aku. tapi bila tak beli, macam kesian pulak. mesti dia orang susah. kalau tak, takkan la mak dia berniaga. macam mak aku.
teringat pulak zaman sekolah menengah. mak aku pun pernah buat nasi lemak untuk dijual. aku pula akan ambil sebahagian daripada nasi lemak tu untuk dijual kepada kawan2 sekolah aku. biasanya memang aku akan ambil order awal2. tapi mak aku dah tak buat nasi lemak dah sekarang ni. sebab ada orang dengkikan perniagaan dia. tapi mak masih menjual kuih-muih sebagai mata pencarian menyara diri sendiri. kata mak, selagi aku tak habis belajar selagi tu dia akan jual kuih. bukannya adik-beradik aku yang lain tak mampu menyara dia. tapi dia sangat risaukan aku. kalau2 aku tak cukup duit untuk menampung pembelajaran aku. sampai macam tu sekali pengorbanan dia untuk aku. aku sedar. kalau tiada orang yang sayang aku kat dunia ni sekalipun. tapi mak aku tetap akan sayang kat aku. aku tahu dia sayang aku sangat2. dia akan buat apa saja untuk aku. dia akan lindungi aku. walaupun kadang2 aku melukai perasaannya. dia tetap sabar dengan karenah aku. melayan karenah aku. everything she do, she just do for me. she just want the best for me. walaupun hakikatnya aku bukanlah salah satu daripada uratnya yang terputus ketika melahirkan orang suci di dunia ini. kalaulah aku anak kandungnya sendiri, pasti aku sendiri akan cemburu dengan tindakannya. melebihkan orang yang tidak sepatutnya. tapi aku bersyukur, itu tak berlaku padaku. malah, adik beradik aku juga sayangkan aku. mahukan yang terbaik untuk aku. menganggap aku seperti darah daging mereka sendiri. mahu aku jadi insan yang baik2 dan terhormat.
selalu aku terfikir, dengan kasih sayang yang dia berikan kepada aku ini, akan ada tak orang lain yang boleh sayang aku mcm mak aku sayang aku. sukar untuk aku bayangkan... andai kata emak sudah tiada lagi menemani aku. itulah saat yang paling aku takut untuk aku hadapi. andaikata aku akan melalui saat itu. aku harap aku cukup kuat untuk menghadapinya, dan masa itu juga ada "seseoran"g yang boleh memberikan kekuatan kepadaku untuk menghadapi saat itu dan sentiasa di sisiku.
"mak, anakmak sayang mak sangat-sangat"

Saturday, May 27, 2006

KAWAN [1]

Friend: calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents dad & mom or tito & tita.

Friend: has never seen you cry
Best friend: has always has the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge & makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number (cuz they can't remember it)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you
Best friend: could write a biography on your life story

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you

Friend: will ask where you've been (after going AWOL)
Best Friend: will say MISS YOU& goes on being your friend

aku rasa aku punya ramai kawan. tapi aku terfikir-fikir sepanjang hidup aku siapakah kawan aku dan dalam banyak2 kawan itu, siapa pula yang boleh aku kategorikan sebagai kawan baik aku? apa yang aku sedar, kawan memainkan peranan penting dalam hidup aku, sebab kalau baik kawan itu, maka baik la aku. begitulah sebaiknya. aku memang jenis mudah terpengaruh.

Thursday, May 25, 2006

Aku perlukan kepastian itu.

bukan aku mahu memaksanya, tetapi diri ini perlukan kepastian. bukan tidak boleh menunggu, tapi sampai bilakah harus aku menunggu?. sesungguhnya diri ini sangat sayang padanya, tapi adakah dia juga menyayangi diri aku. apakah anggapan dia kepadaku?
kelmarin, Dia bermain teka-teki denganku, ingin memperkenalkan aku dengan seseorang. tapi siapakah gerangannnya? dia membuatkan aku tertanya2 lagi. sudahlah teka-teki pertama masih belum dijawabnya. ditambahnya lagi dengan teka-teki yang lain.
semalam pula, terlalu murah nilai airmataku. jatuh berlinangan tanpa henti. kecil hati dengan tindakannya. takkanlah suara aku pun dia tak kenal? boleh pula sebut nama perempuan lain. aku sedar siapa diri aku padanya. dan aku tak berhak untuk bertanya siapakah perempuan yang disebutnya itu. tapi ketahuilah, betapa kecilnya hati ini, bila diri ini tidak dikenali. terasa diri ini tidak penting buatnya. aku cuma mampu memujuk diriku sendiri, "mungkin dia tidak sengaja...".

leraikanlah segala teka-teki ini....


Monday, May 22, 2006

tengahari ini aku pergi ke kerja. sepanjang menunggu dan berada dalam bas rapid KL 338, aku membaca sebuah novel. agaknya terlalu leka, aku terlepas tempat perhentian dan aku pun ikutkan saja bas itu. aku bercadang untuk berhenti di perhentian lagi 1 sebab bas itu akan berpusing laluannya,cuma aku perlu berjalan jauh sedikit (padan muka!!! saper suruh leka lagi? hahahaha...). lalu aku turun di tempat yang aku maksudkan. baru setapak dua aku berjalan, pakcik bas tu memanggilku dan bertanya kemana arah tujuan aku. lalu aku menjawabnya dan pakcik itu menyuruh aku naik semula ke atas bas itu. segan sebenarnya. malu pun ada. rupa2nya pakcik tersebut pun hairan melihat aku tidak turun di bus stand berhampiran plaza masalam. aku memberi tahu dia yang aku terleka membaca novel. sambil mengusik dia bertanya, "novel cinta ke?". aku pun mengiyakan sahaja sambil tersipu malu. hehehehe. dia turunkan aku di selekoh berhampiran dengan banunan plaza masalam. aku mengucapkan terima kasih kepadaku. rupanya pakcik bas pun boleh perasan aku pergi kerja hari2 naik bas itu. kerana pakcik itu, aku tidak lewat ke tempat kerja.
malam ini along menelefon aku, bertanyakan kepadaku samada aku pernah balik ke rumah di port klang pada awal pagi. aku pun mengiyakan. dia menyampaikan leteran emakku. aku sedia maklum dengan leteran itu sebab emak ada telefon aku berkenaan hal itu. pelbagai peringtan diberikan. aku seperti biasa hanya mampu mendengar dan menganggukkan sahaja. aku sedar. emak risau kan aku. mau tak risau nak dara kuar malam2 kul 4-5 pagi. yer la... pada hari tersebut aku baru lepas dari tekanan peperiksaan yang berderet2 dan juga tugasan kuliah. jadi malam itu aku bersama kawan2 aku pegi tgk midnight. lepas tu berhajat nak jalan2, jadi kitaorang pergi la ke tanjung harapan. alang2 dah dekat dengan rumah, aku pun singgah lah ke rumah. rindu dengan emak, dah lama tak jumpa emak. dapat jumpa sekejap pun jadi la. memang patut la dia risau, dia taknak perkara buruk menimpa aku. aku tau dia sayangkan aku sangat2. tapi aku bukannya nak buat benda yang tak baik. aku akan sentiasa jaga diri aku, maruah aku. aku tahu aku kebanggannya jadi aku takkan buat sesuatu yang akan menghampakannya. sebab EMAK adalah kehidupan aku. aku masih berada di sini kerana EMAK. kalau bukan sebab emak, entah ape lah jadi kat aku sekarang ni. tak mungkin aku akan sampai ke tahap aku berada sekarang. cuma... kadangkala aku terlalu tertekan dengan keadaan. membuat kan aku mengikut darah muda aku. apa yang pasti aku terpaksa menahan telinga mendengar leterannya lagi sebab esok aku akan pulang ke rumah.

Saturday, May 20, 2006

Aku yang sedang menunggu

Untuk kamu yang sedang menunggu.
Saya juga pernah menunggu seperti kamu.
Saya juga pernah merasa putus asa ketika menunggu.
Kerana menunggu sesuatu yang tidak pasti.
Sangat memenatkan. Sangat menyakitkan.
Kamu bermain teka teki dengan hati.
Tetapi, antara fikiran dan hati.
Yang mana satu selalu menang?
Kamu tahu jawapannya.
Fikiran kata, pergi. Hati kata, nanti.
Akhirnya kamu masih begitu.
Menunggu dan terus menunggu.
Dahulu, seseorang pernah bertanya.
Saya tak penatkah menunggu.
Saya memang penat. Saya rasa sakit.
Saya terguris. Saya menangis.
Ada sesuatu yang menyuruh saya terus menunggu.
Satu semangat yang sukar untuk dijelaskan.
(Tapi kini, semuanya hanyalah kenangan). =)
Tiada apa yang masih terus, kalau hati kamu kata…
Berhenti. Cukuplah segalanya sampai di sini.
Kalau kamu masih mahu menunggu. Teruskan menunggu.
Cuma jangan terlalu lama. Kerana, ketika kita menunggu.
Banyak perkara yang sedang berlari meninggalkan kita.
Tamatkanlah segala teka teki. Pastikan isi hati.


"Penulis, adalah orang seni yang sepi"
[ Ahadiat Akashah ]


tadi aku melawat blog langitmalam. tersentuh dengan 1 entri dari blog tersebut lalu aku paste kan di blog aku untuk entry ini. sememangnya hati ini sedang menunggu. menunggu sesuatu yang tak pasti. aku sedang merasai kesakitan itu tapi masih ada indah di sebalik kesakitan dan kepenatan itu. memang ada sesuatu yang memaksa aku untuk terus menunggu kerana aku masih memegang kepada kata2nya. jadi aku putuskan untuk menunggu sehingga dia mengatakan tidak kepadaku. dan aku pasti dengan isi hatiku. suatu hari nanti pasti aku akan mendapat jawapan dari teka-teki ini.

Thursday, May 18, 2006

Jika Kamu...


"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup".
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
---> aku sedar yang aku pernah memberi harapan kepada Ki***, dengan menerima dirinya satu masa dahulu dan kemudian berlalu pergi meninggalkan dirinya dengan seribu kelukaan. aku melayani perasaannya dalam masa yang sama menipu diriku kerana sedari awal lagi... aku sedar dia bukanlah seperti yang aku inginkan. tapi ketika aku meninggalkannya hubungan kami masih terlalu awal. kerna kau telah fikirkan semasak-masaknya apa yang terbaik buat kami. bukan aku tidak gembira bersamanya tetapi seperti yang aku pernah katakan dia bukan untukku dan aku bukan untuknya. nampak jelas dimatanya yang dia benar2 sayang padaku. dan aku pernah katakan... selepasnya mungkin takkan ada insan yang boleh menyayangi aku sepertinya dan itulah yang aku rasa saat ini. tapi aku berasa lega kerana Ki*** sudah mempunyai kehidupannya sendiri...

"Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi"
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
---> Dialah yang selalu aku rindu, Dialah yang selalu aku dambakan, Dialah yang selaluku puja. mungkinkah Dia mempunyai perasaan yang sama sepertiku?. semuanya masih menjadi teka-teki. sememangnya dia terlalu istimewa buatku. aku sedar apa yang aku lakukan malah sudah dingatkan oleh rakan2 aku supaya jangan terlalu mengharap padanya. aku yakin dengan dirinya dan aku yakin bahawa aku boleh menerimanya seadanya. DIAlah di hati...

"Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. .Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal".
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.....
---> rakanku pernah menegurku, "kenapa mesti aku mengharap kepada pintu tertutup yang belum tentu akan terbuka atau tidak, sedangkan ada pintu lain yang sedia terbuka untukku". tidak ku hiraukan itu semua kerana aku lebih takut jika aku pergi ke pintu yang terbuka itu dan bila masa pintu yang tertutup itu sudah terbuka... aku akan keluar dari pintu yang aku masuk tadi dan masuk ke pintu yang baru dibuka itu. itu lebih menyakitkan kerana itu akan menunjukkan betapa teruknya diriku dengan membuat hati insan lain terluka dan pasti aku akan berasa serba salah. lainlah jika pintu yang tertutup itu memang sudah terkunci buat selamanya untukku....


Sunday, May 14, 2006

Aku Bukan Untukmu, Ki***

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun takkan pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh

Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan ku mohon maafkan aku
Aku menyesal t'lah membuatmu menangis

Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali

Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku
Meski kau memohon meminta hatiku

Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku...

::Rossa::

---> cukuplah lagu ini untuk menceritakan perasaan aku kepada Ki***. Minta maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri untuk majlis perkahwinanmu. Aku tak mahu kau menginghati aku kembali kerna dirimu sudah menjadi miliknya. Jagalah hatinya kerna dia lebih berhak ke atas dirimu... kisah kau dan aku sudah lama berakhir....

Saturday, May 13, 2006

Moga kau bahagia disisinya...

pagi ini, sebaik sahaja aku mencelikkan mata, aku telah didatangi dengan panggilan yang tidak aku simpan nombornya... tapi sudah aku jangka siapa pemanggilnya. agak berdebar aku untuk menjawab panggilan itu. ternyata jangkaan aku memang tepat, suara yang sudah lama tidak aku dengar, suara yang aku elak2kan, suara selalu memanggil namaku dan mungkin memujaku satu masa dahulu, siapa lagi kalau bukan Ki***, my x-bf. kalau dahulu aku sering mengelak untuk berborak lama dengannya, atau mengelak pelawaannya untuk keluar... namun kini aku tak perlu berbuat demikian lagi. panggilan kali ini amat berbeza dari panggilan2 yang sebelumnya... kerna pada kali ini dia telah menjemput aku untuk majlis perkahwinannya pada hujung minggu ini. terasa lega tika mendengar pengucapannya itu. itulah yang terbaik untuknya daripada mengharapkan aku yang tak mungkin untuk kembali kepadanya. i'm happy for him. sempat aku bertanya siapakah bakal isterinya itu. dalam hatiku berkata... bertuahnya perempuan itu kerana memiliki Ki***. mesti Ki*** sayang sangat kat dia. mesti Ki*** layan dia dengan baik dan penuh romantik. bertuah lah perempuan itu. sebab aku pernah dilayan sebegitu satu masa dahulu. mungkin orang akan tertanya... "kenapa aku break up dengan dia?". hmmmm... terlalu banyak yang aku fikirkan pada masa itu. keadaan aku dengan dia yang terlalu berbeza. mungkinkah aku boleh menerimanya seadanya dan mungkinkah aku mampu untuk setia dengannya seorang sahaja? itu tak mungkin aku lakukan. bukan kerna ego ku. tapi apa yang aku fikirkan adalah untuk kebaikan dia lebih2 lagi diriku. aku tahu hubungan aku dengan dia takkan ke mana. lebih baik aku putuskan awal2 sebelum hubungan aku dengannya menjadi lebih serius. aku masih muda untuk mengenali erti cinta pada masa tu dan yang aku fikirkan hanyalah pembelajaran ku dan juga masa depanku.
dan petang tadi aku menerima sms dari Ki***, menyatakan bahawa dia baru lepas bernikah dan sah lah dia sudah menjadi suami orang. tiada apa yang mampu aku ucapkan... cuma alhamdulillah, dia sudah bertemu dengan jodohnya, itu lah jodohnya dan itu perempuan yang terbaik untuknya.
Buat Ki***, maafkan aku kerna aku telah buat dirimu terluka dan merana kerana ingin mendapatkan cintaku... bukan aku tak mahu memberi... tapi aku telah fikirkan apa yang terbaik dan sepatutnya untuk kita. aku bukan diciptakan untukmu dan hari ini kau telah mendapat jawapannya siapa yang sepatutnya disisimu. jagalah dirinya sebaik2nya, sayangi seperti yang sepatutnya, jaga dan bimbinglah dia seperti yang dipertanggungjawabkan kerna dia telah diciptakan untukmu. jagalah hatinya, padamkan saja diriku dari memorimu. sesungguhnya doaku telah termakmul untuk kau bertemu seseorang yang layak untukmu dan akan aku berdoa agar kau bahagia sehingga keakhir hayat...

Wednesday, May 10, 2006

Selamat Hari Lahir, Sahabat lamaku...

10th May, Selamat Hari Lahir untuk Sahabat yang pernah baik denganku satu masa dahulu . teringin nak call dia, nak cakap dengan dia, ucapkan selamat dan mungkin lebih dari itu. dan kalau bole nak baik macam dulu. tapi itu tak mungkin akan berlaku. biarkan lah dia dengan dunianya. dan aku bersama duniaku. kisah sue dengan "J**" sudah lama berlalu. dan hanya kenangan yang masih hidup bersamaku. dan akan terus hidup dalam kenangan ini. saat-saat manis itu tak akan aku lupakan. bermula dengan detik perkenalan hingga keakhirnya, masih segar dalam ingatan. tak mampu untuk aku ceritakannya disini kerna tak tahu bagaimana untuk diceritakan. yang pasti terlalu banyak perkara pertama kali yang berlalu dalam hidupku dalam tempoh aku bersahabat dengannya. terima kasih atas persahabatan itu...aku harap kau akan bahagia bersama insan tersayang. oh ya, dalam tarikh yang sama juga adalah hari lahir Afiz, kawan yang baik dengan aku sejak akhir2 ini. kisah aku dengan afiz baru bermula dan juga akan berakhir sepertimana aku dengan "J**". Tapi seseorang pernah beritahu aku. sepanjang persahabatan aku dengan "J**", "pernah kah aku menghargainya?, pernahkah aku pergi kepadanya? mencoba mendekatinya?" aku terdiam memikirkannya. memang benar apa yang dikatakannya. salah aku kerna tak menghargai persahabatan yang sedia terjalin. ditambahnya pula, "kita tak pernah nampak apa yang ada dihadapan kita lalu dibiarkan begitu sahaja tapi pabila ia sudah pergi meninggalkan kita baru la kita mencari-carinya semula". Tapi aku sudah terlambat untuk semua itu...

Dan...
Dan bila esok, Datang kembali
Seperti sediakala dimana kau bisa bercanda
Dan...
Perlahan kaupun, lupakan aku
Mimpi burukmu dimana t'lah kutancapkan duri tajam
Kaupun menangis,menangis sedih
Maafkan aku...
Dan...
Bukan maksudku, Bukan inginku
Melukaimu sadarkah kau disini pun kuterluka
Melupakanmu,menampikkanmu
Maafkan aku...
Lupakanlah saja diriku
bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala
Caci maki saja diriku bila itu bisa membuatmu
Kembali bersinar dan berpijar seperti dulu kala

::Sheila on 7 - DAN::

Sunday, May 07, 2006

DIA pengganti???

Afiz, insan yang baru muncul dalam hidup aku. perkenalan aku dengannya masih baru lagi. perkenalan bermula di chat room dan kini kami sudah bersua muka. hari ini adalah perjumpaan kali kedua. keluar bersamanya hari ini mengingatkan aku kepada kawan yang baik dengan aku suatu masa dahulu, insan yang sentiasa aku rindui, "J**". aku sangat senang keluar bersamanya, pandai mengambil hati dan sangat 'sweet' orangnya. macam "J**" jugak. semalaman berchatting dengannya, terasa bahagia hati ini. namun masih terlalu awal untuk aku membuat penilaian terhadapnya. mungkin dia juga seperti insan-insan lain yang pernah singgah sementara dalam hidup aku. memberi kegembiraan dan harapan, dan kemudian melangkah pergi dari hidup ini. yang ditinggalkan hanya kenangan dan kekecewaan. aku berharap, afiz adalah seperti mana aku kenal akannya ketika berchatting, pegang pada kata2nya. Andainya dia hadir kerana menggantikan insan yg pergi dari hidup aku, yang aku rindui, akan aku jaga jalinan persahabatan ini. dan... aku tak akan ulangi kesilapan yang sama, yang pernah aku lakukan sehingga memusnahkan perhubungan yang sangat bahagia itu.

Sunday, April 30, 2006

Andainya kau tahu, Maafkanlah diriku...

rasa malu sangat diri ini pada dirinya. pelbagai andaian buruk yang aku lemparkan padanya. benarlah kata orang, perempuan ini suka mengikut perasaan. lewat malam tadi aku menerima kiriman SMS darinya. menjawab keresahan selama 3 hari yang lalu. buat pertama kalinya aku menerima SMS yang begitu panjang penjelasan darinya. sesungguhnya aku malu sendiri. bukan setakat itu, malah dia mengambil berat akan diriku, berharap agar aku membuat yang terbaik dalam peperiksaan yang sedang aku hadapi ini. tidak cukup dengan itu, dia turut memberi alamat emailnya sebagai alternatif untuk aku menghubunginya. betapa leganya hati ini pabila menerima kiriman SMS darinya.

---> "ku bertanya sendiri adakah dia menyayangi diriku? Adakah dia merasakan apa yang aku rasa?. ketahuilah diri ini sentiasa merinduimu, menyayangimu".

Saturday, April 29, 2006

Bukakanlah Pintu...

::Amy Mastura::

Bukakanlah pintuku bagi ruang diri ku
Jangan biar terkunci lemas daku disini
Lama berdiri menunggu mu
Janganlah dikau terus saja membisu
Bebaskan daku
Tolong daku Bukakanlah pintu itu
Tiada cahaya Tiada jalannya yang daku temu
Tolong daku lepaskan diri ku
Biarkan daku lihat oh dunia mu

Bukalah pintu
tolonglah bukakanlah pintu(tolonglah.....)
Panas dingin yang ku rasa
Sesak nadi kan terhenti
Tiada siapa terdengar Peti suara merintih
Bukakan pintu, itulah yang ku mahu
Bebaskan daku bukakan pintu
Oh satu pinta ku
Bebaskan daku

buat masa ini, aku rindukan dirinya walaupun aku masih berkecil hati atas tindakannya. memang bukan salah dia sangat pun, maybe aku yang terlalu sensitif. kadang-kadang aku rasa dia mempunyai perasaan yang sama denganku dan kadangkala aku terasa diriku ini langsung tidak diendahkannya. masih merajuk lagi tapi aku akan cuba pujuk diriku ini. aku takkan rosakkan hubungan yang sedia ada ini. aku akan cuba semampu yang boleh untuk memenangi hatinya.

"Ya Allah, Bukakanlah pintu hatinya untuk diriku"

Friday, April 28, 2006

takkan DIA tak ingat nombor aku!!!

hari ini...rindu terhadapnya membuak-buak. tapi tak tahu bagaimana nak diluahkan. nak telefon tak mungkin akan aku katakan yang aku rindu padanya, nak sms pula mesti berabad baru mendapat balasan darinya. itupun kalau ada hal2 tertentu baru dibalasnya. kalau tidak jangan mimpilah.
tapi aku tak dapat menahan rasa rindu ini... kucuba kirimkan SMS kepadanya dengan alasan untuk bertanyakan VCD cerita2 indonesia yang ingin ku pinjam darinya. Agak terperanjat apabila kali ini terlalu cepat aku menerima balasan darinya. Dan alangkah kecilnya hatiku ini pabila membaca sms yang berbunyi sebegini, "HP baru hilang, sapa ni?". Lantas terus bergenang air mata dikelopak mataku dan terus mengalir kepipi. ku ambil masa membiarkan air mataku mengalir. betapa sedihnya hati ini. mungkin orang lain akan cakap, "biasala tuh, HP dah hilang, mestilah harapkan orang lain yang hubungi untuk dapat contact number semula". tapi bukan aku.
Kerna suatu masa dahulu HP aku pernah hilang, tapi sedaya upaya aku mencari contact numbernya, agar aku akan dapat terus berhubung dengannya. lagi pulak ketika itu dia sudah menukar nombor yang baru. sedangkan dalam salinan yang ada padaku hanya nombor lamanya. tapi kerana tak ingin putus daripada berhubung dengan dia aku sedaya upaya mencari nombornya. walau apa cara sekalipun. nasib menyebelahi aku kerana aku ada contact number roommatenya masa belajar di Dungun dahulu dan aku minta nombornya dari roommate nya.
sebab itu la aku terasa sangat bila dia bertanya sedemikian. takkan dia tak ingat nombor aku?. takkan dia tak back up nombor aku?. sedangkan kalau waktu ini HS aku hilang sekalipun, nombornya telah kusimpan dengan selamatnya dalam kotak ingatanku.
ku biarkan saja SMSnya tanpa membalasnya. biarlah aku pujuk diriku buat masa ini.

Thursday, April 27, 2006

Because of YOU

I will not make the same mistakes that you did
I will not let myself
Cause my heart so much misery
I will not break the way you did,
You fell so hard
I've learned the hard way
To never let it get that far

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of youI learned to play on the safe side
so I don't get hurt
Because of youI find it hard to trust not only me,
but everyone around me
Because of youI am afraid

I lose my way
And it's not too long before you point it out
I cannot cry
Because I know that's weakness in your eyes
I'm forced to fake
A smile, a laugh everyday of my life
My heart can't possibly break
When it wasn't even whole to start with

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of youI learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of youI find it hard to trust not only me,
but everyone around me
Because of youI am afraid

I watched you die
I heard you cry every night in your sleep
I was so young
You should have known better than to lean on me
You never thought of anyone else
You just saw your pain
And now I cry in the middle of the night
For the same damn thing

Because of you
I never stray too far from the sidewalk
Because of you
I learned to play on the safe side so I don't get hurt
Because of you
I try my hardest just to forget everything
Because of you
I don't know how to let anyone else in
Because of you
I'm ashamed of my life because it's empty
Because of you
I am afraid

Because of you
Because of you

lagu ini benar2 mengusik hatiku yg pilu ini. seakan-akan menceritakan apa yang sedang aku lalui saat ini. yang mana rentetan drpd kisah hidupku yang lalu, yang pernah aku lalui suatu masa dahulu membuatkan aku takut akan masa hadapan. keliru akan apa yang patut aku lakukan. terasa berat untuk bahuku memikulnya. tapi hidup mesti diteruskan dengan apa cara sekalipun... aku berharap insan yang berkenaan akan sedar akan kesilapannya dan menginsafinya. sukar untuk aku melupakan apa yang pernah dia lakukan pada diriku ini dan memaafkannya juga ada sesuatu yang sukar untuk aku lakukan tapi aku sedar suatu hari nanti aku harus menerimanya. biarlah masa yang menentukannya...

Tuesday, March 28, 2006

AS A TOKEN OF FRIENDSHIP

hmm... petang tadi aku online YM. i saw Jeb was online(kawan paling baik dengan aku suatu mase dahulu).

sue(3/27/2006 6:10:20 PM): ko chat ngan saper?
J** (3/27/2006 6:10:25 PM): aku kt depan pc
J** (3/27/2006 6:10:31 PM): haha
sue(3/27/2006 6:10:33 PM): tau la
J** (3/27/2006 6:10:38 PM): chat ngan membe aku
J** (3/27/2006 6:10:39 PM): haha
sue(3/27/2006 6:10:42 PM): tau la
sue(3/27/2006 6:10:50 PM): takkan la ko chat ngan hantu
J** (3/27/2006 6:11:14 PM): tau xpe
J** (3/27/2006 6:11:15 PM): ekekeke...
sue(3/27/2006 6:11:20 PM): yer la
J** (3/27/2006 6:11:24 PM): kuah kacang lebih
sue(3/27/2006 6:11:24 PM): tak nak chat ngan aku
J** (3/27/2006 6:11:25 PM): timun xnk
J** (3/27/2006 6:11:34 PM): eceh
sue(3/27/2006 6:11:36 PM): [-(
J** (3/27/2006 6:11:38 PM): majuk pule
J** (3/27/2006 6:11:47 PM): jgn la majuk
J** (3/27/2006 6:11:51 PM): nnt cepat tua
J** (3/27/2006 6:11:57 PM): tgk cam aku
J** (3/27/2006 6:12:01 PM): ssh nk majuk
sue(3/27/2006 6:12:03 PM): memang dah tua pun
J** (3/27/2006 6:12:07 PM): maintain je muda
sue(3/27/2006 6:12:10 PM): alaaaa
J** (3/27/2006 6:12:14 PM): haha!!!!
sue(3/27/2006 6:12:16 PM): kalau aku merajuk
sue(3/27/2006 6:12:24 PM): aku jugak yg pujuk diri sendiri
sue(3/27/2006 6:12:33 PM): tak pernah la org nak pujuk
sue(3/27/2006 6:12:53 PM): so tak de bezanye kan
J** (3/27/2006 6:13:00 PM): aku x penah pujuk ke ?
sue(3/27/2006 6:13:05 PM): hmmmm
sue(3/27/2006 6:13:08 PM): pernah ke?
J** (3/27/2006 6:13:20 PM): ntah!!!
J** (3/27/2006 6:13:27 PM): ade kot
sue(3/27/2006 6:13:29 PM): ko pun tak tahu
sue(3/27/2006 6:13:38 PM): maknanye tak der la tuh
J** (3/27/2006 6:13:54 PM): ade
J** (3/27/2006 6:14:01 PM): ko je yg x ingat
sue(3/27/2006 6:14:01 PM): bile?
sue(3/27/2006 6:14:05 PM): bile mase?

dah la lately ni aku teringat kat dia bila masa aku terlihat kalimah "AS A TOKEN OF FRIENDSHIP". kalimah tu amat bermakna dalam kenangan hidup aku. Dia telah mengetuk hati ku. but damn!!! i've spoiled this friendship. kalau aku tak simpan perasaan kat dia mesti sampai sekarang pun aku mesti kawan baik ngan dia. tapi sayang... persahabatan ini tak kekal lama... salah aku jugak sebab tak menghargai perhubungan ini. aku sendiri yang mengelak dr dia. at last dia sendiri yang mengelak dari aku sampai tiba satu keadaan antara aku ngan dia macam tak kenal. kemuadian kalau berborak pun macam baru kenal. dah tak mcm dulu. cukup la dalam dia penuh cerita tentang dia. tapi aku akui dialah insan pertama yang mengetuk pintu hati ku. dan luka itu terubat bila masa aku jatuh cinta dengan insan yang ku harap kini. walau apapun kenangn tetap kenangan. dan akan kekal dalam ingatan. biarkan ia menjadi sejarah yang amat indah.

sue(3/27/2006 6:44:12 PM): jeb
J** (3/27/2006 6:44:14 PM): oh ye
J** (3/27/2006 6:44:24 PM): x prasan pule
sue(3/27/2006 6:44:29 PM): hmmm
J** (3/27/2006 6:44:33 PM): ye
sue(3/27/2006 6:44:37 PM): buat2 tak tau plak
J** (3/27/2006 6:45:18 PM): tau apenye?
sue(3/27/2006 6:45:31 PM): windu la kat ko
J** (3/27/2006 6:45:47 PM): ekekeke!!!!
J** (3/27/2006 6:45:53 PM): windu kt aku?
sue(3/27/2006 6:45:54 PM): nape ko gelak
sue (3/27/2006 6:45:58 PM): serius ni
J** (3/27/2006 6:46:03 PM): ingatkan dh xnk windu
sue (3/27/2006 6:46:17 PM): hmmm
sue (3/27/2006 6:46:21 PM): mana bole
sue(3/27/2006 6:46:28 PM): selalu rindu kat ko
sue(3/27/2006 6:46:35 PM): ko je yg tak ingt kat aku
sue(3/27/2006 6:46:40 PM): tak rindu kat aku
J** (3/27/2006 6:46:44 PM): mesti sbb aku kacak
J** (3/27/2006 6:46:59 PM): tu yg ko slalu windu kt aku.
J** (3/27/2006 6:47:02 PM): hahaha!!!!!

memang aku rindukan persahabatan kita masa part1 di UiTM Dungun dulu.....